Home > Bahasa Melayu
53 Pegawai dan Kakitangan Terima P.K.L
YANG Berhormat Menteri Kesihatan menyempurnakan penyampaian Pingat Kerja Lama (P.K.L) sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-70 Tahun
June 22nd, 2017 | 08:13 AM | 1002 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seramai 53 pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan dikurniakan Pingat Kerja Lama (P.K.L) sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-70 Tahun.
Majlis penyampaian pingat-pingat tersebut diadakan di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan, petang tadi, disempurnakan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi.
Pengurniaan pingat-pingat kepada para penerima adalah di atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebagai tanda atau pun pengiktirafan akan ketekunan dan kesetiaan kerja serta mempunyai rekod yang bersih dan baik dalam perkhidmatan awam, di samping berkhidmat sekurang-kurangnya 20 tahun.
Turut hadir ialah Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Dr. Hajah Maslina binti Haji Mohsin; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar) Kementerian Kesihatan, Dr. Hazri bin Haji Kifle, Ketua Ketua Fungsi serta pegawai-pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]