FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Al-Quran Penyuluh Kehidupan


TETAMU kehormat semasa menabur bunga rampai dan menyampaikan Sijil Penyertaan kepada salah seorang peserta Khatam Al-Quran yang diraikan

 


 June 23rd, 2017  |  08:19 AM  |   1027 views

TUTONG

 

Belia-belia Islam hendaklah meletakkan Islam sebagai cara hidup kerana belia yang ditunjangi dengan teras kehidupan nilai-nilai Islam dapat menyelamatkan diri mereka daripada terpesong ke lembah kehinaan dan kemaksiatan. 

 

Salah satu daripada cara hidup Islam adalah mengamalkan membaca Al-Quran yang menjadi penawar bagi pelbagai penyakit serta menambahkan keimanan menerangi jiwa, di samping dapat mententeramkan hati setiap insan yang mengamalkannya.

 

Sehubungan itu, Majlis Khatam Al-Quran bersempena dengan Sambutan Nuzul Al-Quran dan juga bagi memperingati Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah Haram bagi Tahun 2017 diadakan  di Dewan As Salam, Pusat Al-Islah, Kampung Kupang.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh tetamu kehormat majlis, Timbalan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin. Disusuli dengan bacaan Khatam Al-Quran oleh 24 pembaca yang terdiri daripada 21 residen lelaki dan tiga residen perempuan.

 

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada para peserta yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis. 

 

Majlis juga diselajurkan dengan pelancaran buku ‘At Taqwa’ yang dihasilkan oleh Unit At Tarbiyyah, Pusat Al-Islah yang ditaja sepenuhnya oleh Bank Islam Brunei Darussalam.

 

Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah Haram disambut setiap 26 Jun sejak tahun 1987, dan tema kebangsaan pada tahun ini  ialah ‘Al-Quran Penyuluh Kehidupan’ bertepatan dengan Sambutan Nuzul Al-Quran di bulan Ramadan yang mulia ini.

 

Dengan memberi keutamaan kepada penerapan aspek kerohanian berasaskan kitab Al-Quran dan Al-Hadis dalam fasa pertama proses pemulihan dan rawatan di Pusat Al-Islah, adalah menjadi harapan Biro Kawalan Narkotik agar amalan membaca kitab suci Al-Quran akan diteruskan dan dihayati oleh residen sepanjang masa agar menjadi benteng diri yang boleh menghalang mereka daripada kembali terjerumus dengan masalah dadah serta keruntuhan akhlak.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54