FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


23 Syarikat Langgar Akta Kawalan Harga, Penggal 142


 


 June 23rd, 2017  |  08:20 AM  |   922 views

TUTONG

 

Sebanyak tujuh daripada 23 syarikat perniagaan telah didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142 semasa lawatan mengejut ke beberapa premis perniagaan di Daerah Tutong yang dijalankan oleh Bahagian Hal Ehwal Pengguna (BHEP), Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), hari ini.

 

Menurut Siaran Akhbar Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), di antara kesalahan yang didapati adalah tidak mempamerkan tanda harga dan meletakkan harga yang melebihi harga maksima bagi barangan makanan terpilih di bawah Penetapan Harga Bermusim seperti mentega, marjerin, krimer, susu cair dan tepung.

 

Lawatan diketuai oleh Pemangku Setiausaha Tetap (Ekonomi dan Kewangan) di Jabatan Perdana Menteri, Pengiran Hajah Siti Nirmala binti Pengiran Haji Mohammad.

 

Juga mengiringi ialah Pemangku Timbalan Ketua Pengarah JPKE, Awang Haji Asrul Adrain bin POKSPDSS Dr. Haji Ahmad bersama seramai 10 orang pegawai dan kakitangan BHEP.

 

Lawatan mengejut adalah bagi memastikan perkara-perkara seperti berikut, iaitu Bagi barangan terkawal di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142, khususnya minyak masak dan susu tepung berformula, untuk tidak melebihi harga maksima yang ditetapkan. Manakala, beras untuk tidak dijual melebihi harga subsidi yang ditetapkan.

 

Ia dihasrat untuk memastikan para peniaga di negara ini mematuhi Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dan Perintah Kawalan Harga (Paparan Tanda Harga) yang menghendaki barangan dijual untuk dipamerkan tanda harga dengan jelas.

 

Bagi harga barangan makanan terpilih di bawah Penetapan Harga Bermusim sempena bulan Ramadan dan Syawal 1438 Hijrah / 2017 Masihi pula, untuk tidak melebihi harga maksima yang ditetapkan. Antara lain objektif penetapan harga maksima ini adalah bagi membantu rakyat dan penduduk di negara ini dalam menampung perbelanjaan harian mereka sempena musim perayaan berkenaan.

 

Senarai barangan makanan yang ditetapkan harga maksima ialah daging ayam bulat, telur ayam, mentega, marjerin, minyak sapi, susu pekat, cair dan krim, tepung, sapuan coklat hazelnut, santan pekat, krim dan serbuk, serbuk cili udang kering dan kulit popia.

 

Maklumat lanjut barangan makanan terpilih dan harga maksima yang ditetapkan bolehlah diperoleh di dalam aplikasi mudah alih 'PenggunaBijak' dan laman sesawang JPKE, iaitu 'www.depd.gov.bn/cad'.

 

Selain itu, lawatan juga adalah bagi memantau peniaga-peniaga yang ikut serta dalam Jualan Aneka Brunei (JAB) mematuhi syarat-syarat jualan yang ditetapkan oleh JPKE termasuk membubuh tanda harga dengan terang dan jelas pada barangan; membubuh tanda harga asal, harga selepas potongan dan / atau peratus potongan dan mempamerkan Notis Penyertaan sepanjang tempoh JAB.

 

Ia juga bagi memantau harga barangan tertentu yang terkandung di dalam perubahan kadar-kadar duti import kastam dan duti eksais, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Kementerian Kewangan seperti minuman yang mengandungi gula berlebihan dan Monosodium Glutamate (MSG).

 

Para peniaga yang tidak mematuhi Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya boleh dikenakan kompaun tidak melebihi BND1,000 atau dikenakan denda sebanyak BND5,000 dan penjara dua (2) tahun oleh mahkamah atau dikenakan denda sebanyak BND20,000 dan penjara lima (5) tahun bagi kesalahan berulang oleh mahkamah.

 

Manakala, peniaga yang didapati menjual melebihi harga maksima yang ditetapkan sempena bulan Ramadan dan Syawal 1438 Hijrah / 2017 Masihi juga boleh diambil tindakan termasuk amaran secara bertulis.

 

Pihak JPKE menasihatkan orang ramai untuk mengamalkan konsep 'Pengguna Bijak', iaitu dengan membuat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembelian bagi mendapatkan nilai harga yang baik.

 

Dalam usaha untuk menerapkan konsep 'Pengguna Bijak', JPKE juga telah melancarkan aplikasi mudah alih PenggunaBijak / SmartConsumer yang menyediakan platform perbandingan harga bagi barangan keperluan harian dan barangan dikawal harga; memperkenalkan undang-undang berkaitan dengan kepenggunaan dan menyediakan saluran aduan bagi pengguna.

 

Sebarang pertanyaan atau aduan, orang ramai dinasihatkan untuk berhubung terus dengan JPKE melalui aplikasi mudah alih PenggunaBijak/SmartConsumer atau melalui saluran seperti menghubungi terus talian telefon +673 2230223 (waktu pejabat); atau e-mel ke '[email protected]' atau '[email protected]' atau melalui Facebook 'www.facebook.com/AduanPenggunaJPKE' dengan memberikan dokumen dan maklumat sokongan seperti resit pembelian dan nama syarikat yang diadukan bagi melancarkan proses penyiasatan.

 

Di samping itu, orang ramai juga boleh terus ke pejabat Bahagian Hal Ehwal Pengguna di Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Bilik 3.06, Tingkat 3, West Wing, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Blok 2A, Jalan Ong Sum Ping, BA1131, Negara Brunei Darussalam juga dengan memberikan dokumen dan maklumat sokongan seperti resit pebelian serta nama syarikat yang diadukan bagi melancarkan proses penyiasatan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54