FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


NBD Sambut 1 Syawal pada Hari Isnin


Ugama Islam bersama Yang Amat Arif / Yang Berhormat Ketua Hakim Syarie bagi mensahkan hasil rukyah anak bulan Syawal daripada rombongan di lokasi yang telah ditetapkan

 


 June 25th, 2017  |  08:28 AM  |   1290 views

BERAKAS

 

Negara Brunei Darussalam akan menyambut 1 Syawal pada Isnin ini. Perkara tersebut telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam setelah mendapat kurnia perkenan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang diadakan di Bilik Mesyuarat Menteri Hal Ehwal Ugama, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), di sini.

 

Turut sama hadir mesyuarat tersebut ialah Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Ketua Hakim Syar'ie yang mensahkan hasil rukyah anak bulan Syawal daripada rombongan di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan, Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.

 

Terdahulu, Majlis Keagamaan Bagi Menunggu Hasil Merukyah Awal Bulan Syawal 1438 Hijrah yang telah diadakan di Dewan Multaqa, Bangunan Tambahan Baru, KHEU.

 

Hadir sama bagi menyerikan majlis keugamaan ini ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abu Bakar bin Haji Apong; dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

 

Juga hadir ialah Ketua Hakim Syar'ie, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud; Yang Berhormat dan Yang Dimuliakan Pehin-Pehin Manteri Agama; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Ustaz Haji Harun bin Junid; Jemputan-Jemputan Khas, Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

Majlis Keugamaan Menunggu Hasil Merukyah Awal Bulan Syawal 1438 Hijrah dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara Tarannum oleh Awang Mohd Amirul Husaini bin Moksin dan Awang Mohd Izzuddin bin Norhisham, dari Skim Tilawah Al-Quran Remaja, Jabatan Pengajian Islam.

 

Majlis diteruskan dengan bacaan Tahlil yang diikuti dengan Doa Tahlil dan doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dibacakan oleh Ketua Bahagian Bimbingan dan Latihan, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Suhaimi bin Haji Mohd Noor yang juga seterusnya mengimamkan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah.

 

Hasil merukyah awal bulan Syawal pada petang tadi turut diumumkan secara langsung melalui Radio Televisyen Brunei dan telah sabit tidak nampak dilihat di tempat-tempat yang telah ditetapkan iaitu di Menara DST, Bangunan DST Headquarters, Lebuhraya Tungku; Bukit Agok, Jerudong; Tanjung Batu, Pekan Muara; Bukit Ambok, Daerah Tutong dan Bukit Lumut, Daerah Belait.

 

Berikutan bulan Syawal telah tidak berhasil dilihat maka bulan Ramadan akan digenapkan 30 hari dan Sembahyang Tarawih dan Witir di masjid-masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara masih berjalan seperti sebelumnya dan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri akan bermula pada Hari Isnin, 26 Jun 2017 Masihi mulai jam 7.30 pagi di seluruh masjid-masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53