FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bukan mudah mengecapi nikmat keamanan dan ketenteraman


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah se Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim, Noraisah Muhammed / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 June 26th, 2017  |  09:07 AM  |   1313 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, kita wajib bersyukur kerana Negara Brunei Darussalam dapat menikmati keamanan dan ketenteraman, sedang dalam era masa ini, bukanlah mudah untuk orang dapat mengecap nikmat keamanan dan ketenteraman itu.

 

Kita sudahpun menyaksikan atau mendengar, bahawa situasi tidak aman dan tidak tenteram itu berlaku di sana sini tanpa mengira bahagian mana dalam dunia ini.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah demikian sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi yang berlangsung di Istana Nurul Iman di sini.

 

Baginda bertitah, ini menandakan dunia kita sekarang sedang mengalami musibah pertentangan atau pertelagahan yang sangat teruk, yang telah dan sedang merosakkan keamanan dan ketenteraman itu, di mana kita sangat sukar untuk meramalkan, bilakah musibah itu mungkin berakhir?

 

Bagaimanapun, titah baginda, kewajipan utama kita ialah memastikan bahawa negara kita sendiri berada dalam selamat serta terpelihara daripada sebarang bahang kemelut yang tidak diingini.

 

“Di samping itu, kita juga tidak akan membiarkan sebarang anasir untuk membawa dan menyebarkan ‘kudis’ ke dalam negara ini.

 

Lalu untuk itu, kita semua mesti berazam untuk melindunginya dengan izin Allah.

 

Nikmat keamanan dan ketenteraman adalah segala-galanya. Ia mengatasi nikmat yang lain-lain,” titah baginda.

 

Baginda seterusnya bertitah, walaupun wang kita banyak atau negara berstatus ‘gergasi ekonomi’, namun jika tidak aman atau tidak tenteram, maka semua itu akan jadi kurang bererti.

 

Demikian kepentingan keamanan dan ketenteraman itu, jelas titah baginda itu.

 

Terdahulu, baginda bertitah, pada ‘Hari Besar’ yang diagungkan ini, marilah kita sama-sama membesarkan Allah dengan takbir dan tahmid, sambil banyak-banyak bersyukur ke hadarat-Nya, kerana kita telah berjaya melaksanakan kewajipan berpuasa selama sebulan penuh.

 

“Adapun beta menggunakan perkataan ‘berjaya’ di sini, ialah sebagai mengambil kira, bahawa ibadat berpuasa itu adalah merupakan satu perjuangan besar melawan hawa nafsu, dan barangsiapa yang berjaya melaksanakannya, tidak diragukan lagi, orang itu adalah seorang pejuang yang hebat yang telah berjaya dalam perjuangannya yang sangat mencabar itu,” titah baginda.

 

“Mengambil sukut baik di hari yang mulia ini, beta dan keluarga beta tidak lupa mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat dan penduduk yang berugama Islam di mana saja mereka berada.

 

Beta berdoa semoga mereka berada dalam sejahtera dapat merayakan hari yang bahagia ini dengan aman dan selesa,” titah baginda.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39