Home > Bahasa Melayu
Amalkan Sikap Bersederhana Dalam Raikan Aidilfitri
June 27th, 2017 | 08:08 AM | 764 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Suasana Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Istana Nurul Iman menggambarkan detik sejarah dan kenangan yang akan diabadikan setiap tahun.
Keceriaan dan kegembiraan itu jelas terpancar dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam beserta ahli kerabat lainnya.
Dalam menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof mengingatkan masyarakat di negara ini supaya menjaga kesihatan setiap hari dengan mengawal pemakanan di samping melakukan aktiviti sukan seperti riadah dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, Yang Berhormat turut mengingatkan kita agar berjimat cermat dan mengawal perbelanjaan apatah lagi dalam menyambut lebaran.
Yang Berhormat juga menambah, berbelanjalah dengan membeli barangan di negara sendiri.
Sementara itu, Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dayang Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Awang Haji Mohd. Salleh menyarankan agar kita sebagai umat Islam supaya mengamalkan sikap bersederhana dalam meraikan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Sifat bersederhana itu jelasnya merupakan amalan yang mulia.
Dalam menjunjung titah Kebawah DYMM, Yang Berhormat seterusnya menjelaskan penjagaan kesihatan adalah sangat penting di samping mengamalkan pengambilan makanan yang tidak berlebihan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]