FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kongsi Kegembiraan Hari Raya Bersama Pembesar Negara


 


 June 27th, 2017  |  08:13 AM  |   1352 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Setiap tanggal 1 Syawal tahun Hijrah, seluruh masyarakat Islam di dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri selepas berjaya menyempurnakan kewajipan menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadan. Dan sudah menjadi kelaziman apabila menjelangnya Hari Raya Aidilfitri tradisi kunjung-mengunjungi dan ziarah-menziarahi bagi mengukuhkan silaturahim baik dalam kalangan rakyat dan penduduk mahupun para pembesar negara dan raja yang dikasihi telah menjadi tradisi di negara ini.

 

Sehubungan itu, kegembiraan dan kesyukuran sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438 Hijrah telah dikongsi sama oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam iaitu dengan berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah Hari Raya Aidilfitri para pembesar negara yang terdiri daripada Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet, Yang Mulia Timbalan-Timbalan Menteri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, para diplomat serta perwakilan asing di negara ini, Setiausaha-Setiausaha Tetap, dan para pegawai kanan kerajaan bersama isteri masing-masing di Istana Nurul Iman, di sini.

 

Berangkat sama paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah DYMM, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul Azim; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel.

 

Juga berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam dan cucunda-cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta kerabat diraja yang lain.

 

Seperti lazimnya, junjung ziarah para pembesar negara dan diplomat ke hadapan majlis Kebawah DYMM yang diadakan pada 1 Syawal selepas Sembahyang Sunat Aidilfitri, mencerminkan kemesraan dan ketulusan dalam mengukuhkan hubungan serta melahirkan rasa muhibah yang sudah sekian lama terjalin.

 

Pada majlis tersebut Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan kerabat diraja yang lain juga telah berkenan menerima sembah ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

 

Di samping itu, menerusi Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri ini juga para pembesar negara dan para diplomat negara asing juga berpeluang untuk beramah mesra dengan rakan sejawatan mereka. Para tetamu juga disajikan dengan pelbagai aneka juadah hari raya, yang sudah setentunya menambahkan lagi rasa kesyukuran dan kegembiraan menyambut hari kemenangan bagi umat Islam.

 

 

Sementara itu, sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1438 Hijrah ini, Istana Nurul Iman juga akan dibuka selama tiga hari mulai dari Hari Raya kedua dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, dan dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang bagi membolehkan orang ramai mengadap dan menjunjung ziarah ke hadapan majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerabat diraja.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17