Home > Bahasa Melayu
Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Muhibah Hari Raya
June 28th, 2017 | 08:02 AM | 1192 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, hari ini menerima kunjungan muhibah Hari Raya Aidilfitri daripada Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Ehwal Luar Negeri, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Mohamad Maliki bin Osman dan isteri Puan Sadiah Shahal.
Kunjungan Tuan Yang Terutama ke Rumah Hidayah, iaitu kediaman Yang Berhormat di Jalan Mulaut, Mukim Sengkurong pada hari ini diiringi oleh Setiausaha Parlimen Kanan, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga dan Kementerian Pendidikan, Assoc. Prof. Dr. Muhammad Faisal Ibrahim dan isteri; Anggota Parlimen Datuk Bandar, CDC Timur Laut, Desmond Choo.
Turut serta dalam rombongan ialah pegawai-pegawai dari Kedutaan Singapura di Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai.
Rombongan Menteri Kanan Singapura ini telah dialu-alukan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned dan isteri Datin Hajah Maznah binti Haji Mohammad berserta ahli keluarga.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]