FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Seramai 19,507 Pengunjung Junjung Ziarah Petang


 


 June 28th, 2017  |  08:03 AM  |   998 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah Hari Raya Aidilfitri hari pertama Istana Nurul Iman dibuka di sebelah petang mencatatkan pengunjung seramai 19,507 pengunjung.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berserta kerabat diraja yang lain berkenan berangkat menerima mengadap dan junjung ziarah daripada rakyat dan penduduk di negara ini.

 

Terdahulu, Kebawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah daripada Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Ehwal Luar Negeri, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Mohamad Maliki bin Osman.

 

Berangkat bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-pertuan Negara Brunei Darussalam bagi menerima junjung ziarah pengunjung lelaki ialah paduka-paduka adinda dan anakanda Kebawah DYMM, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel berserta kerabat diraja yang lain.

 

Sementara itu, di lain ruang Istana Nurul Iman Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah daripada pengunjung wanita.

 

Berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

 

Kebawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Raja Isteri berserta kerabat diraja yang lain terdahulu berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah daripada isteri Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Ehwal Luar Negeri, Republik Singapura, Puan Sadiah Shahal.

 

Antara pengunjung lain terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, pasukan-pasukan beruniform, persatuan-persatuan dan syarikat-syarikat swasta.

 

Sepertimana lazimnya pada tahun-tahun sebelumnya, peluang keemasan seumpama itu sememangnya amat dinanti-nantikan oleh seluruh lapisan rakyat dan penduduk di negara ini dan tidak ketinggalan kepada pelancong-pelancong asing mengabadikan peluang bersemuka dengan raja yang dikasihi berserta kerabat diraja yang akan diabadikan sepanjang hayat.

 

Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri tersebut mencerminkan sifat kemesraan Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain beramah mesra serta berinteraksi bersama para pengunjung dengan penuh ketulusan dalam mengukuhkan hubungan serta melahirkan rasa muhibah tanpa mengira bangsa dan agama.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10