FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Istana Terbuka Peluang Bertemu Dengan Raja Tercinta


MEWAKILI Persatuan Penuntut-Penuntut Yang Belajar di Taiwan, Pengerusinya, Han Pau Ting (tengah) dan Naib-Naib Pengerusi Persatuan, Sim Chong Siang (kiri) dan Liau Tian Soon (kanan) semasa berkunjung ke Istana Nurul Iman bagi junjung ziarah hari kedua

 


 June 29th, 2017  |  08:56 AM  |   1490 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Negara Brunei Darussalam sememangnya amat beruntung kerana mempunyai seorang raja yang sangat penyayang dan prihatin akan rakyat dan penduduk yang bermastautin di negara ini.

 

Jika dilihat di negara luar, ia sukar bagi rakyat untuk bersua muka secara peribadi dengan seorang raja berserta kerabat diraja mereka sendiri namun bagi Negara Brunei Darussalam, peluang tersebut tidak pernah dilepaskan oleh rakyat dan penduduk negara ini setiap kali menjelangnya Hari Raya Aidilfitri kerana pada masa inilah istana dibuka bagi kunjungan orang ramai untuk berjunjung ziarah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta kerabat diraja yang lain.

 

Perkara ini diakui oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Ong Tiong Oh ketika ditemui oleh Pelita Brunei pada hari kedua Istana Nurul Iman dibukakan bagi kunjungan orang ramai.

 

Menurutnya, beliau juga tidak mahu melepaskan peluang bersama-sama rakyat yang lain berkunjung setiap tahun ke Istana Nurul Iman bagi berjunjung ziarah bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta kerabat diraja yang lain dan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada kerabat diraja.

 

Yang Berhormat juga menambah, jika dilihat setiap tahun pengunjung yang datang semakin meningkat dan ini jelas menunjukkan bahawa Kebawah DYMM merupakan seorang raja yang berjiwa rakyat dan sangat prihatin kepada kesejahteraan rakyatnya di mana baginda juga menjadi sanjungan dan kesayangan seluruh rakyat dan penduduk yang bernaung di bumi Brunei Darussalam ini.

 

Para pengunjung yang datang tambahnya, sangat gembira kerana dapat bersua muka secara peribadi dengan Kebawah DYMM serta kerabat diraja lain dan ini jarang didapati di negara luar.

 

Sementara itu, turut berjunjung ziarah pada hari kedua ini ialah dari Persatuan Masyarakat Tiong Hua di Negara Brunei Darussalam yang dianggarkan dalam 200 orang.

 

Antara yang menyertai rombongan termasuk Pengerusi Persatuan Penuntut-Penuntut Yang Belajar di Taiwan, Han Pau Ting serta Naib-naib Pengerusinya, Sim Chong Siang dan Liau Tian Soon.

 

Ketika ditemu bual, Han Pau Ting menjelaskan bahawa setiap tahun rombongan Persatuan Masyarakat Tiong Hua di negara ini akan berkunjung pada hari raya kedua istana dibuka.

 

Melalui konsep istana terbuka ini jelasnya, ia adalah satu penghormatan bagi diri beliau serta masyarakat yang lainnya kerana dapat berjumpa dan bersua muka sendiri serta bersalaman bersama baginda dan ia adalah satu pengalaman yang cukup berharga.

 

Menurut beliau lagi, Kebawah DYMM merupakan seorang raja yang pengasih dan berjiwa rakyat yang cukup mengambil berat akan kesejahteraan rakyat baginda.

 

Mengakhiri temu bual, mereka juga tidak lupa mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri ke hadapan majlis Kebawah DYMM serta kerabat diraja yang lain dan semoga seluruh kerabat diraja sentiasa dalam kesejahteraan dan kegembiraan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19