Home > Bahasa Melayu
Latihan Penuh Pastikan Semuanya Lancar
ANGGOTA TLDB semasa membuat latihan bagi memastikan Majlis Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam tersebut berjalan lancar dan sempurna
July 1st, 2017 | 09:52 AM | 2328 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-71 Tahun bagi Tahun 2017 akan diadakan 1 Julai ini.
Dalam memastikan kesempurnaan dan kelancaran upacara itu, telah diadakan latihan penuh bertempat di Kawasan Lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di sini.
Hadir menyaksikan latihan tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof selaku Pengerusi Jawatankuasa Upacara berkenaan.
Turut terlibat dalam upacara tersebut terdiri dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Penjara serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Juga hadir ialah Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap KHEDN, pegawai-pegawai KHEDN dan Jabatan Adat Istiadat Negara (JAIN), pegawai-pegawai daerah serta ahli-ahli jawatankuasa upacara berkenaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]