FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penggunaan Bahasa Melayu Masyarakat Awam Tidak Memuaskan


 


 July 1st, 2017  |  09:53 AM  |   1441 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Alhamdulillah pada tahun ini, sekali lagi Bulan Bahasa terus bersemarak dan bergema, membarigakan kepada semua lapisan masyarakat di negara ini tentang bahasa rasmi negara kita, iaitu bahasa Melayu.

 

Menurut Siaran Akhbar Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dalam perutusan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, antara lain menyebutkan Sambutan Bulan Bahasa pada setiap Julai adalah pada menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (1961 - 2011) pada Sabtu, 19 Syawal 1432 bersamaan 17 September 2011 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

 

''Beta juga dengan ini sukacita mengumumkan pengisytiharan bulan JULAI sebagai BULAN BAHASA. Ia dilihat sebagai harapan supaya rakyat memiliki sikap dan semangat positif untuk menjadi satu bangsa yang bermaruah, yang mendaulatkan bahasanya sendiri. Maka sehubungan ini, beta menyarankan kepada kementerian-kementerian, jabatan-jabatan dan sektor swasta untuk melaksanakan tindakan-tindakan yang proaktif bagi melestarikan bahasa Melayu dalam segmen perkhidmatan mereka.''

 

Tema Bulan Bahasa pada tahun ini ialah Bahasa Melayu Bahasa Kita, mencerminkan rasa kepemilikan bersama dan rasa kekitaan terhadap bahasa rasmi negara.

 

Sewajarnya menjadi kebanggaan bangsa kita untuk mempamerkan jati diri bangsa dan negara. Kita sebagai orang Brunei yang berbahasa Melayu, hendaklah berterusan mempertahankannya dalam semua ranah kehidupan dan memastikan bahasa Melayu itu tetap diutamakan dan kekal diguna pakai sehingga bila-bila.

 

Senario yang berlaku sekarang, melalui hasil penyelidikan yang telah dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mendapati bahawa penggunaan bahasa Melayu itu hanya cemerlang di peringkat kanak-kanak sahaja, iaitu ketika mereka masih berada di sekolah rendah, akan tetapi bagi golongan yang telah menginjak ke usia remaja ataupun menuntut di sekolah menengah, penggunaan bahasa Melayu mereka agak menurun.

 

Lebih mendukacitakan lagi, didapati bahawa penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat awam adalah tidak memuaskan. Malahan masyarakat awam lebih cenderung menggunakan bahasa rojak perhubungan lisan atau dalam tulisan.

 

Keadaan tersebut tidak wajar berlaku kerana dikhuatiri ia akan menular dan sukar dikawal pada masa akan datang. Setiap masyarakat, tidak kira peringkat umur, latar belakang sosial ataupun pendidikan, sewajarnya bukan saja memahami bahasa ibunda tersebut, malah hendaklah juga menjiwai dan menghayatinya, agar bahasa Melayu yang menjadi wahana penyatuan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam ini kekal terpelihara. Selain itu, marilah kita bersama-sama memupuk jati diri yang tekal mencintai bahasa Melayu.

 

Pada masa yang sama, ini tidak bermakna mempelajari bahasa asing itu dilarang ataupun tidak digalakkan. Hanya janganlah sampai apabila kita belajar bahasa asing itu, kita lebih mencintai bahasa asing dari bahasa rasmi negara apatah menyedari bahasa Melayu itu merupakan bahasa ibunda kita sendiri.

 

Janganlah sampai kita sendiri yang merosakkannya atau mencemarinya dan akhirnya boleh membawa pada kepupusan bahasa sebagaimana yang pernah berlaku pada bahasa lain di dunia ini.

 

Untuk memastikan bahasa Melayu itu kekal diamalkan, Dewan Bahasa dan Pustaka yang dipertanggungjawabkan memartabatkan bahasa Melayu akan terus-menerus menyusun dan mengadakan pelbagai rancangan dan kegiatan kebahasaan. Ia bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat tentang bahasa kita yang perlu dipantuni dan diperkasakan martabatnya sebagai satu bahasa yang sentiasa digunakan sepanjang hayat.

 

InsyaaAllah, usaha murni tersebut pasti akan berhasil dengan adanya iltizam dan kerjasama daripada semua pihak. Usaha memperkasakan martabat bahasa Melayu, memerlukan pendekatan menyeluruh dengan mewujudkan kesepaduan dan kebersamaan daripada semua pihak sama ada dari jabatan-jabatan kerajaan mahu pun sektor swasta.

 

Ini kerana memelihara jati diri negara bangsa itu bukan hanya terletak di pundak Dewan Bahasa dan Pustaka semata-mata. Tugas berkenaan merupakan tanggungjawab kita semua kerana bahasa Melayu itu ialah bahasa dan milik kita bersama. Kita bertanggungjawab untuk mendaulatkan dan memperkasakannya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54