Home > Bahasa Melayu
Kebawah DYMM Berkenan Menghantar Perutusan Tahniah
July 1st, 2017 | 09:54 AM | 1016 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Governor-General of Canada, The Right Honourable David Johnston dan Perdana Menteri Kanada, The Right Honourable Justin P.J Trudeau serta kerajaan dan rakyat Kanada bersempena dengan Sambutan Ke-150 Anniversary of Confederation negara tersebut.
Di dalam titah perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada Governor-General of Canada, The Right Honourable David Johnston, baginda merakamkan penghargaan terhadap persahabatan yang akrab dan kerjasama yang sekian lama dinikmati di antara kedua-dua buah negara serta rakyat masing-masing, dan berharap akan berpeluang meningkatkan lagi hubungan yang sangat bernilai tersebut di tahun-tahun mendatang.
Sementara dalam titah perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada Perdana Menteri Kanada, The Right Honourable Justin P.J Trudeau, baginda menzahirkan bahawa Negara Brunei Darussalam dan Kanada serta rakyat masing-masing yang sekian lama menikmati persahabatan dan kerjasama yang mesra serta erat dan berharap akan dapat meneruskan kerja dengan Tuan Yang Terutama dalam banyak bidang yang penting di peringkat dua hala sebagai rakan kongsi antarabangsa.
Pada mengakhiri titah-titah perutusan kepada Governor-General of Canada, The Right Honourable David Johnston, dan Perdana Menteri Kanada, The Right Honourable Justin P.J Trudeau, baginda menyampaikan ucapan muhibah dan berharap semoga Tuan Yang Terutama-Tuan Yang Terutama sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan kebahagiaan serta bagi rakyat Kanada sentiasa memperolehi kemajuan dan kesejahteraan yang berpanjangan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]