FacebookInstagramTwitterContact

 

Joint Operation           >>           Fuel Stations Temporary Closure           >>           Pitcher Plant Conservation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           SEAMEO Centres Policy Research Network Summit Closing Ceremony           >>           Sainsbury's Says Almost Everyone Now Shops In Store           >>           Hersh Goldberg-Polin: Gaza Hostage's Parents Urge Him To 'Stay Strong' After New Video           >>           UNISSA Sinaut Campus Hari Raya Celebration           >>           Europe At Risk Of Dying Faces Big Decisions – Macron           >>           Harvey Weinstein's 2020 Rape Conviction Overturned In New York           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bendera Besar Megah Berkibar di Ibu Negara


 


 July 2nd, 2017  |  09:00 AM  |   1802 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bendera Besar Negara Brunei Darussalam berkibar megah di Pusat Bandar Seri Begawan dan ini sekali gus menandakan bermulanya pengibaran bendera di seluruh negara.

 

Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 Tahun diadakan hari ini di Kawasan Lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di ibu negara, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada upacara tersebut ialah Yang Di-Pertua Adat Istiadat, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar selaku Penasihat Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke- 71 Tahun bagi Tahun 2017.

 

Hadir sama ialah Ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan, timbalan-timbalan ketua jabatan, Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung, pihak swasta dan para jemputan, orang ramai serta para pelancong juga tidak ketinggalan turut menyaksikan upacara tersebut.

 

Untuk mendapatkan keberkatan dan kesempurnaan upacara majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang.

 

Seterusnya, pasukan seramai 71 orang Pembawa Bendera Negara Brunei Darussalam bergerak masuk yang terdiri daripada anggota-anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) dan Jabatan Penjara dengan diiringi oleh Pasukan Pancaragam Polis Diraja Brunei (PDB). Kemudian Pasukan Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada anggota-anggota Angkatan Tentera Laut Diraja Brunei bergerak masuk dengan diiringi oleh Pasukan Pancaragam PDB. Setelah itu, penerimaan dan penyerahan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam yang berukuran 3.7 meter x 7.3m disempurnakan oleh tetamu kehormat untuk seterusnya dinaikkan dan dikibarkan.

 

Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dinyanyikan oleh Kumpulan Koir dari Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, JBP dan Kumpulan Koir Gema Suara Merdeka dari Mukim Sengkurong dengan diiringi oleh Pasukan Pancaragam PDB.

 

Tetamu kehormat seterusnya menyempurnakan penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam berukuran 1.8m x 1.2m dan Poster-poster Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-71 Tahun kepada Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Pegawai Daerah Belait, Pegawai Daerah Tutong dan Pegawai Daerah Temburong.

 

Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam untuk daerah-daerah lain juga diadakan sejurus selepas Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam di Bandar Seri Begawan.

 

Tetamu Kehormat di Daerah Brunei dan Muara ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yusof; Daerah Belait ialah Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Hajj Azhar bin Haji Ahmad; di Daerah Tutong ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Awang Haji Mohd. Noor Jusmin Haji Abdul Samad dan Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan, Awang Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman di Daerah Temburong. Seterusnya tetamu-tetamu kehormat di daerah-daerah berkenaan menyerahkan Bendera Negara Brunei Darussalam kepada Penghulu-penghulu Mukim daerah masing-masing.

 

Bendera Besar Negara Brunei Darussalam ini akan secara berterusan berkibar megah di Pusat Bandar Seri Begawan sehingga 31 Julai 2017. Bagi Pengiran-pengiran dan mereka yang dikurniakan gelaran juga, mulai 1 hingga 31 Julai 2017 dikehendaki menaikkan dan mengibarkan Bendera Peribadi masing-masing.

 

Sementara itu, orang ramai hendaklah menaikkan dan mengibarkan Bendera Negara Brunei Darussalam.

 

Penaikan dan Pengibaran Bendera Negara Brunei Darussalam di seluruh negara sepanjang Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 Tahun diharap akan dapat meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab dalam konteks kehidupan bernegara, berbangsa, berkerajaan dan beraja.

 

Ke arah ini, semua Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung, semua Ahli Jawatankuasa dan pemimpin-pemimpin masyarakat, ketua-ketua keluarga juga pemimpin belia supaya akan dapat bersama-sama saling ingat-mengingati bagi memastikan pelaksanaan tanggungjawab setiap rakyat dan penduduk bagi pengibaran bendera Negara Brunei Darussalam pada tarikh yang telah ditetapkan termasuklah di bangunan-bangunan kerajaan, premis-premis perniagaan dan perusahaan serta rumah-rumah kediaman dan persendirian serta di sepanjang jalan-jalan utama yang strategik.

 

Selaku rakyat dan penduduk negara ini termasuk belia-belia dan remaja-remaja, menaikkan dan mengibarkan Bendera Kebangsaan dengan sempurnanya adalah satu tanggungjawab. Ia juga satu peluang bagi menzahirkan cinta dan kasih, rasa tanggungjawab, komitmen serta taat setia yang tidak berbelah bahagi pada kepimpinan dan pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Di samping itu, ia juga satu manifestasi semangat patriotisme dan kenegaraan yang tinggi serta sokongan dan penyertaan pada acara kenegaraan, iaitu dalam sama-sama menghayati signifikan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang diraikan setiap tahun.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

Sainsbury's Says Almost Everyone Now Shops In Store

 2024-04-26 02:05:05