Home > Bahasa Melayu
Tangani Bersama Implikasi Globalisasi
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Abu Bakar bin Haji Apong semasa berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahn Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah
July 8th, 2017 | 09:28 AM | 1157 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di bawahnya perlu memberikan keutamaan kepada perubahan-perubahan global yang semakin cepat dan pantas, lebih-lebih lagi dengan ledakan media sosial yang semakin signifikan bukan saja di dalam kehidupan masyarakat Brunei Darussalam tetapi juga masyarakat di seluruh dunia.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong berkata, implikasi-implikasi yang terhasil daripada globalisasi juga perlu ditangani bersama-sama.
Perkara tersebut ditekankan oleh Yang Berhormat semasa Sambutan Hari Raya Aidilfitri KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya 1438 Hijrah / 2017 Masihi berlangsung di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, di sini.
Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, kita perlu bekerja dengan lebih konsisten dan efisien, di samping memberkesankan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan dan juga sektor-sektor swasta bagi mencapai apa yang dihasratkan dalam Wawasan Brunei 2035 melalui 'A Whole of Nation Approach'.
Pada peringkat KHEDN khasnya, Yang Berhormat juga menekankan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian seperti pertama, dari aspek keselamatan, Yang Berhormat ingin melihat tahap kesiapsiagaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat kitani dalam menghadapi apa jua jenis bencana alam khususnya kepada mereka yang tinggal di kawasan-kawasan yang mudah terdedah (vulnerable) kepada bencana.
Yang Berhormat menambah, ini termasuklah mempercepatkan lagi masa tindak balas (faster response time) menghulurkan bantuan kepada mereka yang terlibat dalam kejadian bencana.
"Kedua, dari aspek kemasyarakatan. Saya ingin melihat lebih banyak lagi penglibatan anak-anak buah kampung dalam apa jua aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di kampung dan mukim masing-masing. Kita berperanan penting ke arah memperkasakan keupayaan kepimpinan di peringkat akar umbi supaya kesejahteraan seluruh warga di mukim dan kampung akan sentiasa terjaga dengan perpaduan yang kukuh dan tahap keharmonian yang tinggi," ujar Yang Berhormat.
Ketiga ialah dari aspek sosioekonomi, Yang Berhormat ingin melihat kementeriannya akan sentiasa mencari kaedah terbaik untuk menjadikan iklim perniagaan yang lebih kondusif dalam membantu pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara disamping menjana peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]