Home > Bahasa Melayu
Mesyuarat AIFOCOM Bincang Bahaya Dadah
AHLI Majlis Mesyuarat Negara telah menghadiri Mesyuarat Tahunan the 13th Meeting of the AIPA Fact-Finding Committee (AIFOCOM) to combat drug menace bermula 4 hingga 8 Julai 2017, bertempat di Manila, Republik Filipina. Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat
July 8th, 2017 | 09:39 AM | 1191 views
MANILA
Majlis Mesyuarat Negara (MMN) menghadiri Mesyuarat Tahunan The 13th Meeting of the AIPA Fact-Finding Committee (AIFOCOM) to combat drug menace bermula 4 hingga 8 Julai 2017, bertempat di Manila, Republik Filipina.
Menurut Siaran Akhbar Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat, mesyuarat membincangkan dan melaporkan laporan-laporan negara berkenaan dengan status serta situasi berkenaan dadah merbahaya.
Mesyuarat dilanjutkan dengan perbincangan dua buah resolusi mengenai dengan "Transforming AIFOCOM into AIPA Advisory Council on Dangerous Drugs (AIPACODD) and strenghthening its role and mandate as a parliamentary tool to combat dangerous drugs". Manakala Resolusi kedua adalah mengenai dengan "Forging inclusive partnership towards a drug free ASEAN community".
Inti sari mesyuarat menumpukan perhatian sepenuhnya bagi negara-negara Ahli AIPA (ASEAN Inter-Parliamentary Assembly) untuk lebih serius dalam menangani masalah-masalah dadah di rantau ASEAN sejajar dengan inspirasi ASEAN untuk menumpukan misi "Drug-Free ASEAN Community".
Selaku Penggubal Undang-undang Negara Ahli AIPA perlu mendukung hasrat tersebut dengan menyesuaikan undang-undang dan meningkatkan kerjasama dan 'best practices' di antara Ahli-ahli AIPA dalam memerangi dadah merbahaya.
Mesyuarat diakhiri dengan sebuah Joint Communique untuk seterusnya dilaporkan dan diluluskan di Perhimpunan Agung AIPA yang akan diadakan di Manila, Filipina.
Negara Brunei Darussalam diwakili oleh Ahli-ahli MMN, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit dan Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad serta Timbalan Jurutulis MMN, Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]