Home > Bahasa Melayu
ABDB Pengambilan Ke-56 sambut Aidilfitri
YANG Berhormat Menteri KKBS menyerahkan sampul Hari Raya kepada kanak-kanak terdiri dari ahli keluarga warga-warga pengambilan ke-56
July 10th, 2017 | 10:23 AM | 927 views
BANDAR SERI BEGAWAN
ABDB Pengambilan Ke-56 sambut Aidilfitri
HADIR selaku tetamu kehormat ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.
YANG Berhormat Menteri KKBS menyerahkan sampul Hari Raya kepada kanak-kanak terdiri dari ahli keluarga warga-warga pengambilan ke-56.
TURUT hadir isteri Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohammad Yussof.
ANTARA yang hadir di Majlis Ramah Mesra Aidilfitri yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Lambak Kiri.
ANTARA yang hadir di Majlis Ramah Mesra Aidilfitri yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Lambak Kiri.
​Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 9 Julai. - Dalam memeriahkan lagi suasana bulan Syawal, seramai 88 warga Pengambilan Ke-56 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mengadakan Ramah Mesra Aidilfitri yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Lambak Kiri, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan isteri.
Sementara itu, Pengerusi Majlis, Pengiran Chuchu bin Pengiran Matahir yang merupakan salah seorang warga Pengambilan Ke-56 ABDB dalam ucapannya menjelaskan, tercetus idea mengadakan majlis itu sebenarnya adalah gabungan dari hasrat Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan sendiri yang disuarakan agar warga-warga pengambilan ke-56 ini menziarahi pusara sahabat-sahabat yang sudah kembali kepada pencipta kita dan juga atas cadangan dari kalangan mantan jurulatih dan warga agar pengambilan ini supaya mengadakan sambutan hari keluarga.
Beliau seterusnya menjelaskan mengenai aktiviti berkebajikan yang baru sahaja laksanakan oleh warga pengambilan ke-56, iaitu menziarahi dan seterusnya bertahlil di pusara-pusara mantan jurulatih dan warga-warga selepas pertemuan muhibah (reunion) yang lepas.
Jelasnya, hadiah dan hasil yang diperolehi dari aktiviti itu ialah mereka dapat menyambung hubungan silaturahim yang mesra dengan keluarga-keluarga berkenaan dan aktiviti berkebajikan ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun hadapan, dari itu sokongan padu dari mantan-mantan jurulatih dan warga-warga pengambilan ke-56 ini adalah sangat-sangat diharapkan.
Beliau menambah, antara tujuan majlis adalah bagi meneruskan lagi kesinambungan hasrat dari Majlis Pertemuan Muhibah (reunion) yang diadakan pada bulan Januari lepas iaitu untuk mengeratkan lagi kemesraan dan tali silaturahim yang sedia ada di kalangan jurulatih dan warga.
Majlis diserikan lagi dengan penyerahan sampul Hari Raya kepada 26 kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah terdiri dari ahli keluarga warga-warga pengambilan ke-56 oleh tetamu kehormat dan isteri.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]