FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Ramah Mesra Aidilfitri AMBD meriah


Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Infofoto Brunei

 


 July 14th, 2017  |  09:57 AM  |   1418 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri AMBD yang berlangsung di Banquet Hall, JPM, di sini.

 

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ke Majlis Ramah Mesra tersebut dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah AMBD; Menteri di JPM dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Menteri Tenaga dan Perindustrian di JPM, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar; Ahli -Ahli Lembaga Pengarah AMBD yang lain, Ahli-Ahli Pengurusan serta pegawai dan kakitangan AMBD.

       

Terdahulu, sebelum berkenan berangkat ke Banquet Hall, JPM, Duli Yang Teramat Mulia berkenan bergambar ramai bersama dengan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah AMBD dan warga AMBD.

 

Sejurus selepas itu, DYTM berkenan mengadakan lawatan ke empat buah Pondok Hari Raya (booth) AMBD yang bertemakan wayang 'P.Ramlee'.

 

Pada majlis tersebut, DYTM juga berkenan mengurniakan cenderahati dan sijil penghargaan kepada lapan warga AMBD yang telah bersara dari tahun 2011 hingga 2017 dan kemudian berkenan mengurniakan hadiah kepada para pemenang Pondok Hari Raya.

 

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, DYTM berkenan menerima junjung ziarah daripada Ahli-Ahli Lembaga Pengarah AMBD, Ahli-Ahli Pengurusan serta para pegawai dan kakitangan AMBD.

 

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri AMBD tersebut antara lain bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara warga AMBD serta menggalakkan budaya dan suasana kerja yang penuh harmoni dan sentiasa bersatu padu.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39