Home > Bahasa Melayu
Berkenan menerima mengadap perpisahan Pesuruhjaya Tinggi Kanada
Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman / Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali
July 14th, 2017 | 10:01 AM | 1266 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatan, Puan Yang Terutama Marina B. Laker.
Majlis berlangsung di Istana Nurul Iman.
Puan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 26 Januari 2015.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]