Home > Bahasa Melayu
Wanita bangsa Filipina pilih Islam
MAJLIS Pengislaman bagi Vinamarie Jane Betarmos Canton yang kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Dayang Nur Hidayah Vinamarie binti AbdullahOleh : Nooratini Haji Abas / Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman
July 16th, 2017 | 09:45 AM | 2087 views
TANAH JAMBU
Seorang wanita berbangsa Filipina telah memilih agama Islam sebagai pegangan hidup dan melafazkan dua kalimah syahadah semasa Majlis Pengislaman yang diadakan di rumah kediaman Awang Masdi bin Haji Tuah, di sini.
Vinamarie Jane Betarmos Canton kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Dayang Nur Hidayah Vinamarie binti Abdullah.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan lafaz pengislaman daripada Dayang Nur Hidayah Vinamarie. Majlis diakhiri dengan laungan Dikir Marhaban.
Unit Pengislaman, Bahagian Dakwah Daerah Brunei dan Muara telah mencatatkan seramai 90 orang sudah memeluk agama Islam sejak bulan Januari hingga Mei tahun ini sementara 472 orang di seluruh negara pula dicatatkan telah memeluk agama Islam sejak Januari hingga Disember 2016.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]