FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Muraja'ah semula pelajaran semasa Kursus Ibadat Haji


MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Penutup Kursus Ibadat Haji dan Doa Selamat Bagi Bakal-Bakal Jemaah Haji. Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

 


 July 16th, 2017  |  09:51 AM  |   1155 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

Bakal-bakal jemaah haji negara sejumlah 1,000 orang yang akan menjadi tetamu Allah,  diraikan di majlis penutup setelah menghadiri Kursus Ibadat Haji sejak 16 April lalu, berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman dan Datin.

 

Sementara itu, Pemangku Pengarah Urusan Haji, Awang Haji Abdullah bin Haji Mohamad dalam alu-aluannya berkata, jabatannya telah mengadakan Kursus Haji sebanyak 10 sesi demi mempersiapkan diri bakal jemaah haji dari segi bekalan Ilmu Manasik Haji bermula 16 April lalu sehingga 21 Mei 2017.

 

Awang Haji Abdullah menjelaskan, perisian kursus itu antara lain mengenai falsafah, hikmah dan fadilat haji, rukun-rukun haji, pantang larang semasa berihram dan hukum-hakam haji termasuk juga praktikal seperti pemakaian Ihram, Tawaf dan Sa'ie.

 

Bimbingan ibadat haji katanya, akan terus diberikan semasa berada di tanah suci menerusi syarikat-syarikat pengurusan haji dengan kerjasama guru agama yang bertugas di Maktab Urusan Haji Pentadbiran Negara Brunei Darussalam yang sebelumnya dikenali sebagai bi'thah haji.

 

Tambahnya, tempoh masa kursus 10 sesi itu akan dikaji semula kecukupannya, sebagaimana usulan dan cadangan yang diperolehi daripada kaji selidik yang telah dibuat kepada bakal-bakal jemaah haji.

 

Majlis juga diselajurkan dengan sesi soal jawab bersama agensi-agensi yang berkaitan sementara Doa Selamat pula dibacakan oleh Penolong Pegawai Ugama di Jabatan Urusan Haji, Awang Haji Zailani bin Haji Bungsu.

 

Daripada jumlah yang bakal menjadi tetamu Allah itu, seramai 475 bakal jemaah haji lelaki dan perempuan pula berjumlah 525 orang.

 

Turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan Datin; Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit dan Datin; Kuasausaha Sementara Kedutaan Besar Kerajaan Arab Saudi ke negara ini, Tuan Saad Salih M.Baeshen serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19