FacebookInstagramTwitterContact

 

BORNEO HOUSING AGENCY: Terrace House in Bengkurong (B$190K, Property Chinese Owned) • Industrial Warehouse in Menglait, Gadong for Rent • Shop house in Gadong (Ground Floor) for Rent • Industrial Shops in Bunut for Sale • Land in Jerudong for Sale • Shop house in Kiulap for Sale (44 years lease, approx 5,000.00 per month rental) • Chempaka Terrace House for Rent (3 bedrooms, B$700.00 per month) • Shop house in Kiarong for Sale (B$380.00) • TEL: +6738732975, +6738839007           >>           Fully furnished office space for rent at Regus Brunei. Call +673-886-2879 or go to www.regus.com.bn           >>           Private Company Urgently Need Houses & Flats for Rent in Bandar Seri Begawan, Kindly Contact the ff. nos. for further information: 242-7623/+673 883-9007           >>           HAPPY EID MUBARAK "Wishing you prosperity and peace on this holy occasion of EID MUBARAK"           >>           Alex Sandro, Candreva, Llorente, Van Dijk Set To Join Chelsea In £250m Spree           >>           Alvaro Morata Under Pressure To Hit The Ground Running With Chelsea           >>           Manchester City Still Hoping To Sign Alexis Sanchez - Sources           >>           Faris Ramli Says Home United Will Learn From Tampines Rovers' Collapse           >>           Elon Musk Hints At Changes To Spacex's Mars Rocket           >>           Assessing Pep Guardiola's £120m Overhaul Of Manchester City's Defence           >>           Snopes Needs Money To Continue Fighting Fake News           >>           Gmail Can Now Send Your Smart Replies In Spanish           >>           Wisconsin Company Offers Staff Implants For Keys And Passwords           >>           Private Dinner With Leonardo Dicaprio And Kate Winslet Is Being Auctioned Off For Charity           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events


Program Peningkatan Personel Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya
July 24th, 2017 | 08:00 AM


Majlis Pelancaran Filem Komedi Brunei ‘Rina 2’
July 25th, 2017 | 19:45 PM


Majlis Perasmian ‘Fruits of BIMP-EAGA: Culture & Food in Tourism Expo 2017
July 27th, 2017 | 10:15 AM





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:44AM

Subuh

: 04:54AM

Syuruk

: 06:16AM

Doha

: 0640:AM

Zohor

: 12:28PM

Asar

: 03:50PM

Maghrib

: 06:37PM

Isyak

: 07:51PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Doakan raja senantiasa kekal memerintah negara


KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat menyertai ribuan jemaah di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong bagi Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Ya Siin Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Masri Osman, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 July 16th, 2017  |  09:54 AM  |   470 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

 

 

 Alhamdulillah, selaku rakyat dan penduduk yang bernaung di bumi Darussalam ini amat bertuah dan bersyukur kerana dikurniakan seorang raja berwibawa lagi dikasihi dan tahun ini meraikan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-71 tahun.

 

Segenap lapisan umat Islam memohon doa kesyukuran ke hadrat Allah dan merafakkan sembah kedaulatan dan kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam agar senantiasa terus memimpin negara di bawah petunjuk Allah.

 

Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga berangkat menyertai ribuan jemaah di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong di sini bagi Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena ulang tahun hari keputeraan baginda tahun ini.

 

Keberangkatan Kebawah DYMM dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar selaku Penasihat Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Hari Keputeraan Kebawah DYMM Ke-71 Tahun, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman; dan Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan.

 

Berangkat sama paduka-paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel.

 

Sejurus azan Fardu Maghrib berkumandang, majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib dan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah diimamkan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal.

 

Majlis kemudiannya diikuti dengan Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

 

Sementara itu, Doa Kesyukuran dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Selepas itu, Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah diimamkan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin.

 

Majlis Kesyukuran itu juga diadakan serentak di masjid-masjid utama seluruh negara ini iaitu di Daerah Brunei Muara Masjid Omar 'Ali Saifuddien; Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri; Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong; Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop; Masjid Sultan Sharif Ali, Mukim Sengkurong; Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun; Masjid Setia Ali Pekan Muara dan Masjid Perpindahan Lambak Kanan.

 

Sementara bagi Daerah Tutong, Belait dan Temburong pula tertumpu di masjid utama di setiap daerah masing-masing.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


RM100,000 KCC Scholarships Up For Grabs In Magahau Festival

 2017-07-25 09:07:56

Pakistan Blast: Taliban Bike Bomb Kills 26 In Lahore

 2017-07-25 09:17:28

Rich Singapore Investors Stuck As Local Bond Restructuring Drags

 2017-07-25 09:49:22