FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Istiadat Barisan Kehormatan penuh gilang-gemilang


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat memeriksa pasukan-pasukan perbarisan pada Istiadat Barisan Kehormatan ​Oleh : Aimi Sani / Foto : Haji Ariffin bin Mohamad Noor / Morshidi, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Mohd. Sahrizal Haji Said, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

 


 July 16th, 2017  |  10:03 AM  |   2395 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

 

Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 diraikan dalam suasana gilang-gemilang bermula dengan Istiadat Barisan Kehormatan, di ibu negara.

 

Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke istiadat yang penuh tradisi berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di ibu negara.

 

Berangkat sama ke istiadat itu, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah; paduka-paduka adinda Kebawah DYMM, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

 

Keberangkatan Kebawah DYMM di ibu negara dialu-alukan dengan kibaran Bendera Negara Brunei Darussalam dan pukulan hadrah oleh penuntut-penuntut sekolah menengah yang berbaris di sepanjang jalan menuju ke Istiadat Barisan Kehormatan tersebut.

 

Sejurus keberangkatan tiba, Kebawah DYMM berkenan menerima hormat diraja diiringi Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' oleh Pasukan Pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) diikuti tembakan meriam sebanyak 21 das.

 

Baginda kemudian berkenan berangkat memeriksa pasukan-pasukan perbarisan terdiri daripada anggota-anggota Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), PDB, jabatan-jabatan beruniform termasuk Jabatan Penjara, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Perkhidmatan Bomba Penerbangan Awam dan pertubuhan-pertubuhan awam seperti Pasukan Kadet Tentera, Pasukan Kadet Polis, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam, Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam, Persatuan Bulan Sabit Merah, Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat dan Program Khidmat Bakti Negara.

 

Kemudian pasukan-pasukan perbarisan yang membawa Panji-Panji Kebawah DYMM, Panji-Panji Pasukan ABDB dan Panji-Panji Diraja PDB berjalan lalu di depan pentas diraja dalam gerak perlahan dan cepat di bawah pimpinan Pemerintah Perbarisan, Leftenan Kolonel Adli bin Haji Hassan.

 

Laungan tiga kali 'Daulat Kebawah Duli Tuan Patik' disembahkan oleh kesemua pasukan yang mengambil bahagian yang merupakan acara kemuncak istiadat disusuli dengan terbang lalu pesawat-pesawat TUDB.

 

Juga berangkat dan hadir ke istiadat itu ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-Menteri Kabinet, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-Timbalan Menteri, Pengiran-Pengiran Peranakan, Pehin-Pehin Manteri, dan Manteri-Manteri Pedalaman, para perwakilan asing ke negara ini dan pegawai-pegawai kanan kerajaan serta para jemputan .

Hadir  sama pada istiadat yang penuh meriah tersebut termasuk tetamu-tetamu khas baginda daripada kalangan negara-negara jiran dan sahabat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17