Home > Bahasa Melayu
Kementerian Kewangan Adakan Majlis Keagamaan
Kewangan dan jabatan-jabatan didalamnya hari ini mengadakan Majlis Sembahyang Berjemaah dan Doa Kesyukuran sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 Tahun Oleh : Marlinawaty Hussin / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas
July 17th, 2017 | 09:38 AM | 1233 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Sembahyang Berjemaah dan Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 Tahun di Masjid Ash-Shaliheen, Kompleks Bangunan Jabatan Perdana Menteri, di sini.
Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.
Turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan (Fiskal), Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Hisham bin Haji Mohd. Hanifah; Timbalan Menteri Kewangan (Pelaburan), Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, Setiausaha-setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan juga jabatan-jabatan di bawahnya.
Majlis dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib dan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah.
Kemudian disusuli dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Bertahlil beramai-ramai serta membaca Doa Kesyukuran oleh Imam Masjid Ash-Shaliheen, Awang Mohammad Syariff Wafiuddin bin Jemain.
Majlis diakhiri dengan menunaikan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]