Home > Bahasa Melayu
Raih Keberkatan Dengan Memakmurkan Masjid
TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud (tiga, kiri) hadir pada tazkirah tersebut. Siaran Akhbar : Kementerian Hal Ehwal Ugama
July 17th, 2017 | 09:44 AM | 1005 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Program 'Masjidku Makmur, Negara Berkat' bertujuan untuk mengalu-alukan jemaah meningkatkan kehadiran bagi memakmurkan masjid dan seterusnya bersama-sama secara istiqamah (berterusan) mendirikan Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah pada awal waktu di masjid.
Program 'Masjidku Makmur, Negara Berkat' kali ini diserikan dengan tazkirah bertajuk 'Sayangkan Anak Tangan-Tangankan' yang disampaikan oleh Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali di Masjid Omar 'Ali Saifuddien.
Hadir menyertai para jemaah ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan Datin; Pemangku Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Harun bin Haji Junid; Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Roslan bin Haji Taja'ah.
Program juga dihadiri daripada Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Bahagian Perancangan dan Pembangunan Sumber Manusia, Unit Kesihatan, Keselamatan, Kawalan Keselamatan dan Alam Sekitar, KHEU.
Program kelolaan KHEU melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pusat Da'wah Islamiah dan Bahagian Kemajuan Syiar Islam dengan kerjasama Masjid Omar 'Ali Saifuddien.
Ia dihasrat akan dapat menghidupkan amalan sunnah Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan dapat menimbulkan rasa kekeluargaan dan persamaan di antara umat Islam dalam melaksanakan sembahyang berjemaah dan amal ibadat bersama-sama. Makmurnya masjid-masjid di negara ini, adalah antara landasan kita dalam menggandakan amal kebajikan dan meraih keberkatan dari Allah Subhanahu Wta'ala bagi diri kita, keluarga dan juga negara.
Close
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]