Home > Bahasa Melayu
Jabatan Penerangan Semarakkan Sambutan Aidilfitri
PEMANGKU Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad menyampaikan hadiah kepada wakil ketua rumah Pengiran Setia Negara yang memenangi pertandingan nyanyian lagu Hari Raya pada Majlis Ramah Mesra Hari Raya Jabatan Penerangan 2017. Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman / Foto : Hernie Suliana Haji Othman
July 17th, 2017 | 09:47 AM | 1753 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri masih lagi dirasakan walaupun sudah memasuki minggu ketiga bulan Syawal 1438 Hijrah.
Pelbagai acara Sambutan Hari Raya giat dianjurkan oleh pelbagai pihak yang antara lain dihasrat untuk mengukuhkan silaturahim di samping memberi peluang untuk bermaaf-maafan di bulan yang mulia ini.
Sehubungan itu, Jabatan Penerangan juga tidak ketinggalan meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan mengadakan Majlis Ramah Mesra Hari Raya bertempat di Ibu Pejabat, Jabatan Penerangan, Berakas.
Hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad; Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Hajah Noorashidah binti Haji Aliomar serta para pegawai dan kakitangan jabatan berkenaan beserta ahli keluarga masing-masing.
Majlis diserikan dengan beberapa persembahan nyanyian daripada ahli-ahli jawatankuasa majlis sambutan, pegawai-pegawai dan kakitangan jabatan berkenaan.
Acara kemuncak majlis ialah cabutan nombor bertuah dan 'Grand Draw' berupa peralatan elektrik dan barangan asasi, hasil sumbangan daripada pegawai dan kakitangan jabatan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]