Home > Bahasa Melayu
Skuad Kebangsaan Bawah 23 Sertai Kejohanan AFC
PEMANGKU Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negara Brunei Darussalam (NFABD), Pengiran Md. Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud bergambar bersama Pasukan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Bawah 23 sebelum bertolak ke Myanmar bagi menyertai K Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah
July 17th, 2017 | 09:48 AM | 2509 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Bawah 23 Tahun telah berlepas ke Myanmar bagi mewakili negara dalam kelayakan bagi Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia Bawah 23 (Asian Football Confederation Under 23 - AFC).
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada 22 pemain pasukan bola sepak kebangsaan ialah Pemangku Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negara Brunei Darussalam (NFABD), Pengiran Md. Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; para pegawai NFABD, ahli keluarga pemain dan rakan pasukan.
Sebanyak 40 pasukan ikut serta dari seluruh Asia yang dibahagikan kepada 10 kumpulan. Pemenang berserta lima pasukan terbaik dari setiap kumpulan yang berada di tempat kedua akan maju ke Peringkat Akhir AFC pada tahun depan di China bermula 9 hingga 27 Januari.
Brunei Darussalam berada di Kumpulan 'F' dan akan memulakan perlawanan di Yangon menentang Australia pada hari Rabu sebelum berdepan dengan tuan rumah Myanmar pada hari Jumaat dan menamatkan kejohanan mereka menentang Singapura pada 23 Julai.
Skuad yang dilatih oleh Kwon Oh-son terdiri daripada pemain yang sama yang akan bersaing dalam Sukan Asia Tenggara (SEA) bulan depan di Kuala Lumpur dan ini merupakan kejohanan antarabangsa mereka yang pertama dalam pasukan.
Pengurus Pasukan ialah Pemangku Naib Presiden NFABD, Awang Haji Madli bin Haji Mohd Yussof.
Jepun memenangi edisi terakhir kejohanan itu setelah menewaskan Korea Selatan 3-2 pada peringkat akhir dan tempat ketiga disandang oleh Iraq.
Source:
@BRUDIRECT.COM
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]