FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ramah Mesra Aidilfitri dekatkan ukhuwah warga KHEU


MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman beramah mesra bersama pegawai dan kakitangan KHEU pada Majlis Sambutan Hari Raya Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto : Hamzah Mohidin

 


 July 19th, 2017  |  09:57 AM  |   1161 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kelebihan Hari Raya Aidilfitri setentunya merapatkan lagi ukhuwah yang sedia terjalin sama ada yang jauh mahupun mengikat jalinan mesra hubungan yang dekat di samping menghulur tangan kemaafan sesama sendiri.

 

Dalam menyambut kemeriahan lebaran ini sebelum melabuhkan tirainya, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Dewan Multaqa, Bangunan Tambahan Baharu, KHEU, Jalan Dewan Majlis, di sini.

 

Hadir memeriahkan lagi sambutan tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman dan isteri, Datin Hajah Dayang Nahriah binti Haji Asbi.

 

Bacaan Ummul Kitab, Surah Al-Fatihah memulakan acara yang dibacakan oleh Pegawai Pelajaran Ugama di Jabatan Pengajian Islam, Awang Haji Zamery bin Haji Nayan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Dayang Hajah Hajijah binti Haji Moktal.

 

Dayang Hajah Hajijah antara lain menjelaskan, sambutan kali ini dikelolakan bersama oleh tiga jabatan di bawah KHEU iaitu Jabatan Pengajian Islam, Pusat Dakwah Islamiah dan Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan.

 

Gabungan kerjasama itu katanya, secara tidak langsung akan terus memekarkan semangat serta budaya kerja berpasukan dalam organisasi.

 

''Kerja berpasukan mempunyai banyak kelebihan, kerana ia saling bergantung dari segi keupayaan, kepakaran dan kemahiran dan pengetahuan serta komitmen terhadap prestasi pasukan dan bersedia melaksanakan tugasan bersama,'' ujarnya.

 

Nilai kerja itu tambahnya, seharusnya kita kekalkan bagi memberi manfaat kepada KHEU dan diharapkan ianya menjadi budaya kerja kita.

 

Dayang Hajah Hajijah seterusnya berkata, walaupun sambutan diadakan dalam suasana sederhana namun masih meneruskan dan mengekalkan amalan beramah mesra dengan semua peringkat warga KHEU.

 

Majlis diserikan dengan persembahan Deklamasi Sajak, karya Yang Berhormat Pehin atau nama pena, Badaruddin H.O. disampaikan oleh Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da'wah Islamiah, Dayang Hajah Rogayah binti Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Abd Wahid, yang bertajuk 'Lintasan Fikir Cetusan Rasa dan Silaturahim' diikuti persembahan Tausyeh daripada Kumpulan Syababul Iman dari Kumpulan Belia Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong.

 

Majlis ini merupakan salah satu kegiatan sosial berkebajikan warga KHEU bagi mengeratkan hubungan silaturahim yang lebih mesra dan harmoni sesama warga kementerian serta, menerapkan nilai-nilai yang lebih positif dalam hubungan ibarat sebuah keluarga.

Di akhir majlis, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama berserta Datin, Yang Mulia Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama berserta Datin, Mantan-Mantan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pemangku Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, jemputan-jemputan khas serta para pegawai kanan turut berdudun ramah mesra dan kunjung-mengunjungi ke ruang meja setiap Jabatan / Bahagian / Unit di bawah kementerian berkenaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54