Home > Bahasa Melayu
Panglima Angkatan Laut Republik Singapura terima anugerah Lencana Perintah TLDB
July 20th, 2017 | 09:50 AM | 2420 views
BANDAR SERI BEGAWAN
PENGANUGERAHAN Lencana Perintah TLDB telah disempurnakan oleh Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah.
Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim dan Sity Diyanatul - Widad Haji Ismat / Foto : Hamzah Mohidin
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah memperkenankan bagi menganugerahkan Lencana Perintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) kepada Panglima Angkatan Laut Republik Singapura, Laksamana Muda Lew Chuen Hong sebagai pengiktirafan dan penghargaan terhadap jasa perkhidmatan beliau dalam mengeratkan lagi hubungan di antara TLDB dan Angkatan Laut Republik Singapura.
Penganugerahan Lencana Perintah TLDB telah disempurnakan oleh Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah.
Laksamana Muda Lew Chuen Hong mengambil alih jawatan sebagai Panglima Angkatan Laut Republik Singapura pada 16 Jun 2017.
Semasa berada di Negara Brunei Darussalam, beliau juga mengadakan kunjungan-kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Pertahanan, Pemerintah ABDB dan Pemerintah TLDB.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Brudirect.com
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]