FacebookInstagramTwitterContact

 

China's Tiangong Space Station Damaged By Debris Strike: Report           >>           Wacom's first OLED pen display is also the thinnest and lightest it has ever made           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           How Al Pacino's Girlfriend Noor Alfallah Celebrated His 84th Birthday           >>           OpenAI's Sam Altman and other tech leaders join the federal AI safety board           >>           Ellen Degeneres Says She Was "Kicked Out Of Show Business" For Being "Mean"           >>           STUDY: Eating A Junk Food-Filled Diet During Adolescence Could Lead To Long-Term Memory Impairment In Adulthood           >>           Dynamic Duo: Why TURMERIC And BLACK PEPPER Are A Powerful Combination           >>           Prepper Medicine: 7 Natural Pain-Relieving Plants           >>           Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


160 pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan terima P.K.L


MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan. Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 July 20th, 2017  |  10:00 AM  |   1691 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi seramai 160 pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan dikurniakan Pingat Kerja Lama (P.K.L) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-70 Tahun.

 

Sehubungan itu, penyampaian pingat-pingat tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman pada majlis yang berlangsung di Dewan Utama, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, di sini.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

 

Terdahulu, Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Perkhidmatan, Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus dalam ucapannya menjelaskan bahawa penganugerahan dan pengiktirafan ini merupakan satu mekanisme penghargaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terhadap jasa serta sumbangan yang diberikan dan secara langsung meningkatkan moral dan motivasi pegawai dan kakitangan yang telah melaksanakan tugas-tugas sepanjang perkhidmatan dengan penuh dedikasi dan rasa tanggungjawab.

 

Salah seorang penerima pingat yang ditemui pada majlis tersebut, iaitu Pegawai Pelajaran, Dr. Dayang Hajah Norbayah binti Haji Shahminan yang juga selaku Guru Kelas Tahun 1B di Sekolah Rendah Katok 'A' sudah 27 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam dalam Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

 

Jelasnya, beliau memulakan perkhidmatannya sebagai seorang guru di beberapa buah sekolah rendah kerajaan di negara ini selama enam tahun sebelum meningkatkan lagi tahap pengajian ke peringkat lebih tinggi dan kemudiannya terlibat dalam Unit Pendidikan Khas sejak tahun 2000 hingga 2016 sebelum menjadi guru kelas sekarang bagi menjalani penempatan dalam masa tiga tahun.

 

Ketika ini jelasnya, beliau ditugaskan menjadi guru kelas menjaga 24 pelajar termasuk seorang pelajar yang mengalami masalah pendengaran di mana memang terdapat cabaran dalam mengajar pelajar yang berkeperluan khas.

 

Untuk itu beliau menyarankan agar guru-guru yang mengajar murid-murid berkeperluan khas ini agar dapat mengongsikan apa jua permasalahan yang mereka hadapi dan jangan didiamkan sahaja.

 

Mereka juga dinasihati agar bertanya kepada pihak-pihak yang berkenaan seperti Unit Pendidikan Khas, Bahagian Kanak-Kanak Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Pusat Bahagia, Pusat Ehsan serta mengikuti taklimat dan seminar yang diadakan bagi mengembangkan lagi pengetahuan dan kemahiran mereka terutamanya dalam mendidik pelajar-pelajar istimewa.

 

Beliau turut menyeru para guru serta pegawai-pegawai di bawah Kementerian Pendidikan agar terus meningkatkan dedikasi dalam tugas-tugas mereka serta jujur dan amanah selain mengharap reda Allah.

 

Sementara itu, Pengarah Pusat Bahasa di Universiti Brunei Darussalam, Dr. Yabit bin Alas juga sudah 27 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan bermula pada tahun 1991.

 

Menurutnya, salah satu ciri yang perlu ada pada seorang pegawai kerajaan ialah bekerja secara jujur dan amanah dalam tugasan masing-masing.

 

Selain itu, tambahnya, sebagai pegawai kerajaan kita juga perlu mempunyai pemikiran terbuka dan cepat mengadaptasi kepada perubahan semasa selain berfikiran inovatif.

 

Sebagai sebuah negara yang kecil dan penduduk yang sedikit, kita harus mempunyai fikiran inovatif dan sentiasa memikirkan kemajuan-kemajuan yang baharu untuk masa hadapan sebagai kejayaan negara bagi jangka masa panjang.

 

Sebelum mengakhiri temu bual, beliau turut menjujung kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas pengurniaan pingat tersebut.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54