Home > Bahasa Melayu
Pusat Ehsan raikan Aidilfitri
PEMANGKU Pengerusi Pusat Ehsan, Dato Paduka Awang Haji Mohd. Alimin bin Haji Abdul Wahab semasa menyampaikan sampul raya kepada penuntut-penuntut Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam selaku wakil. Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali
July 21st, 2017 | 09:08 AM | 1285 views
BENGKURONG
Dalam sama-sama memeriahkan lagi bulan Syawal di samping merapatkan dan mengeratkan lagi tali silaturahim, Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam tidak ketinggalan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri hari ini bertempat di Bangunan Baharu, pusat berkenaan.
Hadir pada sambutan itu ialah Pemangku Pengerusi Pusat Ehsan, Dato Paduka Awang Haji Mohd. Alimin bin Haji Abdul Wahab dan Pemegang Amanah Eksekutif Pusat Ehsan, Pengiran Datin Hajah Noraini binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan kegiatan tahunan pusat berkenaan bagi sama-sama meraikan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa.
Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian sampul raya yang disampaikan oleh Dato Paduka Awang Haji Mohd. Alimin dan Pengiran Datin Hajah Noraini kepada penuntut-penuntut pusat berkenaan.
Derma tersebut disumbangkan oleh Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar.
Majlis diserikan dengan pelbagai persembahan dari warga pusat berkenaan.
Tujuan utama majlis diadakan adalah bagi meraikan bulan Syawal sebagai bulan kemenangan buat umat Islam di samping untuk bermaaf-maafan serta mengukuhkan lagi hubungan warga pusat berkenaan bersama ahli keluarga.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]