FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Uji daya pemikiran pelajar dalam matematik dan sains


PEMANGKU Penolong Pengarah, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Awang Haji Zulkifli bin Haji Muhammad Yusuf bergambar ramai bersama para pemenang Pertandingan Matematik dan Sains Olimpiad Peringkat Nasional bagi Tahun 2017. Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman / Sity Diyanatul-Widad binti Haji Ismat / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

 


 July 21st, 2017  |  09:10 AM  |   1927 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

Seramai 50 orang pelajar yang menyertai Pertandingan Matematik dan Sains Olimpiad Peringkat Nasional bagi Tahun 2017 anjuran Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (STEP) menerima hadiah dan sijil mereka pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Dewan Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, di sini.

 

Daripada jumlah tersebut, 25 orang pelajar mengikuti dalam Kategori Matematik manakala 25 orang lagi bagi Kategori Sains yang mana pertandingan telah diadakan di Pusat STEP pada 24 Mei 2017 (Matematik) dan 25 Mei 2017 (Sains).

 

Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah dan sijil-sijil kepada para pemenang ialah Pemangku Penolong Pengarah, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Awang Haji Zulkifli bin Haji Muhammad Yusuf selaku wakil peribadi Pengarah Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Abd Rahman bin Haji Nawi.

 

Para pelajar dari setiap kategori menerima pingat serta sijil iaitu, tiga orang menerima pingat emas, lima orang lagi menerima pingat perak, tujuh orang menerima pingat gangsa dan 10 orang pelajar menerima hadiah saguhati.

 

Penerima Pingat Emas dalam pertandingan Matematik ialah Awang Muhd Aiman Haikal bin Adam dari Sekolah St. Margaret's, Dayang Shahzani Farwizah binti Mohd Hasry dari Sekolah Nusa Laila Puteri, Jangsak dan Tong Khai Shuen dari Sekolah St. Andrew's.

 

Manakala bagi Pertandingan Sains pula, penerima pingat emas terdiri daripada Muhammad Darwish bin Mohammad Azalmey dari Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Dayang Halimatul Sadiah binti Haji Ghazali dari Sekolah Rendah Jigsaw, Berakas dan Lim Mei Ting dari Seri Mulia Sarjana International School, Jangsak.

 

Terdahulu, Pemangku Ketua Pusat STEP, Dayang Sarimah binti Abu Bakar dalam ucapan alu-aluannya antara lain berkata dengan objektif dan bentuk soalan yang selaras dengan pertandingan di peringkat antarabangsa, adalah diharapkan akan memberi pendedahan kepada pelajar dengan standard pertandingan di luar negara dan bagi mereka yang layak serta mendapat pencapaian yang sangat cemerlang akan dapat diketengahkan di arena antarabangsa.

 

Menyentuh dengan soalan-soalan dalam pertandingan ini jelas beliau, ianya adalah dalam bentuk yang menguji daya pemikiran pelajar kepada 'High Order Thinking Skills'.

 

''Dengan memupuk kemahiran ini, ianya bermakna kita juga meningkatkan kreativiti, berpemikiran kritikal dan 'analytic'. Ini adalah selaras dengan salah satu peranan utama dan inisiatif Pusat STEP ini iaitu memupuk kemahiran Abad ke-21 melalui aktiviti atau inisiatif pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Ini adalah salah satu kemahiran yang diperlukan oleh setiap individu dalam masyarakat atau sebagai sumber tenaga manusia yang bertanggungjawab dalam pembangunan negara,'' jelasnya.

 

 

 

Pertandingan dibukakan bagi para pelajar Tahun 5 dan 6 Sekolah-Sekolah Rendah seluruh negara, yang berumur tidak lebih dari 13 tahun dan setiap sekolah perlu memilih dua pelajar bagi Kategori Matematik dan dua pelajar bagi Kategori Sains.

 

Antara objektif pertandingan ialah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan potensi mereka dalam bidang matematik dan sains, meningkatkan bakat dan minat pelajar sekolah rendah dan menengah dalam mata pelajaran matematik dan sains serta memberi motivasi kepada pelajar dalam meningkatkan kapasiti intelektual dan kemahiran berfikir dalam mata pelajaran matematik dan sains.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47