Home > Bahasa Melayu
Persembahan keagamaan serikan Pentas Perayaan Tutong
SEBAHAGIAN daripada persembahan keugamaan yang diadakn sempena hari keputeraan di pentas perayaan Tutong. Oleh : Dk. Vivy Malessa P. Ibrahim / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman
July 21st, 2017 | 09:12 AM | 2269 views
TUTONG
Dalam memeriahkan lagi sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 pada tahun ini, beberapa acara sampingan disediakan bagi memeriahkan lagi suasana sambutan dan salah satu acara sampingan tersebut ialah persembahan Pentas Perayaan.
Bagi daerah ini, Pentas Perayaan diadakan di kawasan lapang berhadapan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, di sini.
Pentas Perayaan tersebut telah diisikan dengan Persembahan Bercorak Keagamaan anjuran Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong.
Hadir selaku tetamu kehormat pada acara tersebut ialah Penolong Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Adnan bin Haji Adam dan isteri.
Antara pengisian persembahan ialah sketsa, persembahan tausyeh dan persembahan nasyid.
Pentas perayaan bercorak keagamaan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pengunjung yang hadir.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Brudirect.com
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]