FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


20 saudara baharu terpilih menerima tambang haji


MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman menyampaikan Bantuan Wang saku kepada saudara-saudara baharu yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi, Mohd. Amirul Hilmi Jali / Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

 


 July 21st, 2017  |  09:17 AM  |   1258 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam begitu prihatin serta berkenan mengurniakan Tambang Haji kepada 20 orang saudara baharu (Mualaf) yang terpilih dan layak menunaikan Fardu Haji bagi tahun ini.

 

Saudara-saudara baharu berkenaan masing-masing dikurniakan Tambang Haji menurut kadar yang diberikan kepada pegawai-pegawai kerajaan, iaitu sebanyak BND4,500 setiap seorang.

 

Selain pengurniaan tersebut, para penerima yang bakal menjadi tetamu Allah itu juga diberikan sumbangan wang bantuan dan perbelanjaan secara keseluruhannya berjumlah BND187,410.00 diambil daripada peruntukan Kumpulan Wang Zakat Asnaf Mualaf.

 

Hadir menyempurnakan penyerahan di Dewan Multaqa, Bangunan Tambahan Baharu, Kementerian Hal Ehwal Ugama, ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman yang juga selaku Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Brunei.

 

Saudara-saudara baharu yang terpilih akan mengikuti Pakej-Pakej Haji masing-masing iaitu seramai 18 orang saudara baharu mengikuti Pakej Haji Darussalam Holding Sendirian Berhad.

 

Manakala dua penerima lain, masing-masing mengikuti Pakej Haji Raudah Al-Amin Sendirian Berhad dan Pakej Haji Straits Central Agencies (B) Sendirian Berhad.

 

Daripada jumlah peruntukan Wang Zakat berkenaan, setiap seorang daripada mereka diberikan sebanyak BND2,000 bagi perbelanjaan persendirian (wang saku) yang membawa keseluruhan wang bantuan berjumlah BND40 ribu.

 

Selain itu, tiap-tiap seorang daripada mereka yang mengikuti Pakej Zamrud dikurniakan bantuan kewangan sebanyak BND7,200 bagi mencukupkan bayaran pakej Haji Darussalam Holding Sendirian Berhad yang membawa keseluruhannya berjumlah BND129,600.00.

 

Sementara itu, bantuan kewangan sebanyak BND7,350 diberikan bagi mencukupkan bayaran pakej Haji Raudah Al-Amin Sendirian Berhad dan BND10,460.00 bagi mencukupkan bayaran Pakej Haji Strait Central Agencies (B) Sendirian Berhad.

 

Pemilihan saudara-saudara baharu yang akan menunaikan Fardu Haji Tahun ini adalah melalui sesi temu duga dan berdasarkan Garis Pandu yang telah disediakan oleh Majlis Ugama Islam Brunei.

 

Dengan adanya kurnia tambang seperti ini, ianya menggambarkan betapa tingginya pemedulian baginda terhadap saudara-saudara baharu di negara ini, di samping bagi tujuan untuk meningkatkan penghayatan agama Islam di kalangan saudara-saudara baharu yang sempurna dan mantap, bukan sahaja dari segi akidah dan keimanan terhadap Allah Subhanahu Wata'ala, tetapi juga dari segi pelaksanaan ibadah rukun Islam kelima itu.

 

Pelita Brunei sempat menemu bual salah seorang saudara baharu yang menerima bantuan berkenaan, Awang Hamdi bin Abdullah Ganit, 57, yang melahirkan rasa  syukur atas sumbangan berkenaan bagi meringankan lagi keperluan dan kemudahan semasa berada di tanah suci itu nanti.

 

Beliau yang sudah memeluk Islam selama 35 tahun itu sangat teruja untuk menunaikan ibadat haji yang memang sudah menjadi hajat yang diidamkannya dalam tempoh tiga tahun ini.

 

Memandangkan ini pengalaman yang pertamanya, selain mengikuti kursus yang dikendalikan oleh Jabatan Urusan Haji, beliau juga banyak bertanya kepada mereka yang berpengalaman sebagai persediaan semasa berada di tanah suci itu nanti.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17