FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Peluang rakyat bertemu raja dikasihi


KEBAWAH DYMM berserta kerabat diraja dijunjung bagi menerima junjung ziarah daripada rakyat dan penduduk Daerah Temburong Oleh : Khartini Hamir / Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Masri Osman, Hernie Suliana Haji Othman, Mohd. Sahrizal Haji Said, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 July 21st, 2017  |  09:20 AM  |   1914 views

TEMBURONG

 

Jelas terpancar keriangan pada setiap wajah rakyat dan penduduk di daerah ini ketika menantikan keberangkatan raja yang dikasihi ke Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat serta Penduduk Daerah Temburong sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 bagi Daerah Temburong.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Helipad, Pekan Bangar dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ke-71.

 

Juga menjunjung keberangkatan tiba Kebawah DYMM, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah; Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri (KHEDN), Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Haji Idris bin Haji Ali dan Awang Haji Mohammad Sunadi bin Haji Buntar; dan Pegawai Daerah Temburong, Awang Md. Amir Hairil bin Awang Haji Mahmud, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Tertinggi bagi Daerah Temburong.

 

Berangkat sama, paduka-paduka anakanda dan adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli YangTeramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

Sejurus berangkat tiba, baginda dijunjung berangkat ke Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Temburong sebelum meneruskan keberangkatan ke Pentas Diraja di kawasan Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar.

 

Ratusan murid sekolah-sekolah rendah di daerah ini beratur di sepanjang tepi jalan raya dari kawasan Helipad menuju ke Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Temburong dan seterusnya ke kawasan Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan sambil mengibarkan bendera-bendera kecil Negara Brunei Darussalam bagi mengalu-alukan keberangkatan baginda serta kerabat diraja.

 

Paluan hadrah turut memeriahkan lagi suasana keberangkatan baginda di Pentas Diraja bagi menyaksikan Persembahan Khas bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Temburong.

 

Sebaik saja baginda berserta kerabat diraja bersemayam di Pentas Diraja, Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dinyanyikan dan kemudian diikuti dengan laungan 'Daulat Kebawah Duli Tuan Patik' oleh penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung, ketua-ketua cawangan dan ahli-ahli jawatankuasa serta masyarakat di daerah ini yang diketuai oleh Ketua Kampung Menengah, Mejar (B) Ampuan Hussain bin Ampuan Mattahir.

 

Sejurus itu sembah kesyukuran dan taat setia disembahkan oleh Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Awang Md. Amir Hairil ke hadapan majlis Kebawah DYMM.

 

Kebawah DYMM serta kerabat diraja kemudiannya dijunjung bagi menyaksikan Persembahan Khas yang bertemakan 'Raja Berwawasan, Negara Terpimpin'.

 

Setelah itu, Kebawah DYMM berserta kerabat diraja dijunjung bagi menerima junjung ziarah daripada rakyat dan penduduk Daerah Temburong.

 

Keberangkatan Kebawah DYMM bercemar duli bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat serta Penduduk Daerah Temburong ini tidak dilepaskan begitu saja oleh lapisan masyarakat di daerah ini, di mana inilah peluang keemasan bagi mereka untuk menjunjung ziarah raja yang berjiwa rakyat dan penuh pemedulian itu.

 

Sebelum berangkat balik, baginda berserta kerabat diraja lainnya dijunjung berangkat ke Majlis Santap di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar, di mana Kebawah DYMM dijunjung bagi memotong Kek Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-71 Tahun dan seterusnya berkenan menerima pesambah yang disembahkan khas sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda.

 

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Tuan Hajim Haji Sahrin bin Haji Kadih.

 

Sebelum berangkat balik meninggalkan Dewan Utama, Kebawah DYMM berserta kerabat diraja berkenan menerima junjung ziarah daripada ahli-ahli jawatankuasa tertinggi dan jemputan-jemputan khas.

 

Terus pesat dengan pembangunan, Daerah Temburong yang mempunyai lebih sepuluh ribu empat ratus orang penduduk di lima buah mukim itu kaya dengan flora dan fauna menjadikannya mempunyai reputasi untuk dijadikan destinasi pelancongan di negara in

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54