FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ketahui panduan dan langkah penjagaan kesihatan


Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

 


 July 22nd, 2017  |  09:55 AM  |   2841 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Para Duyufurahman, bakal jemaah haji wajib melalui proses kesihatan seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi menerusi kempen kesedaran kesihatan sebelum bertolak ke tanah suci. Mereka perlu mengetahui panduan dan langkah-langkah penjagaan kesihatan sebelum dan semasa berada di sana supaya tahap kesihatan sentiasa dalam keadaan baik dan terkawal. Pemangku Pengarah Urusan Haji, Awang Haji Abdullah bin Haji Mohamad menekankan demikian semasa berucap pada Sesi Taklimat Kesihatan bagi Bakal-Bakal Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam musim ini di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Awang Haji Abdullah juga menasihatkan agar bakal-bakal jemaah haji akan sentiasa memakai gelang tangan besi dan gelang tangan yang mempunyai 'barcode' serta selalu memakai pas pengenalan diri. Selain sentiasa membawa telefon bimbit, mereka juga dikehendaki memastikan syarikat-syarikat pengendali pakej haji masing-masing, menyediakan insurans atau Takaful Diri TAIB serta memastikan niat yang baik dan berdoa agar sentiasa diberikan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan. Dua sesi taklimat pagi itu antaranya Penjagaan Kesihatan dan Perkhidmatan Perubatan di Tanah Suci yang disampaikan oleh Konsultan, Kementerian Kesihatan, Dr. Muhammad Nurhasanuddin bin Abdullah Kelali dan Pegawai Perubatan, Dr. Mahmud Shauqi bin Haji Mahmud Saedon. Taklimat juga menjelaskan mengenai suntikan bagi mencegah dan mengurangkan risiko jangkitan, antaranya penyakit selaput otak, influenza serta jangkitan paru-paru. Selain itu juga, para bakal jemaah haji diberikan penerangan mengenai Taklimat Kesihatan bagi Bakal Jemaah Haji Wanita oleh Pegawai-Pegawai Perubatan, Dr. Nourul Hayati Azrina binti Haji Jaman dan Dr. Hafizati binti Md Jaya. Bagi musim haji tahun 1438H / 2017M, Pegawai Perubatan Maktab Urusan Haji Negara Brunei Darussalam akan disertai oleh 20 orang terdiri dari 6 orang doktor dan 14 orang jururawat. Dengan adanya taklimat itu, diharapkan bakal-bakal jemaah haji akan dapat mengambil langkah awal bagi menjaga kesihatan dan mematuhi saranan-saranan serta nasihat agar sentiasa dalam keadaan selesa dan sihat sejahtera dalam melaksanakan ibadat haji.  

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54