FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Darussalam Assets taja dua pelajar Pusat Ehsan


Hadir semasa penyerahan sumbangan tersebut adalah Timbalan Menteri Kewangan (Pelaburan), Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Darussalam Assets, Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah Siaran Akhbar dan Foto : Darussalam Assets

 


 July 22nd, 2017  |  10:53 AM  |   2045 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Darussalam Assets Sdn. Bhd., (Darussalam Assets) telah menyerahkan sumbangan cek kepada Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan), sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat. Melalui aktiviti CSR ini, Darussalam Assets akan memberikan sumbangan kewangan yang penuh untuk dua pelajar berkeperluan khas yang memerlukan sokongan tinggi sepanjang program para pelajar tersebut di Pusat Ehsan selama tempoh setahun. Pusat Ehsan baru-baru ini telah memperkenalkan 'Special Needs Student Adoption Scheme'. Skim berkenaan memberikan peluang kepada orang ramai atau syarikat-syarikat korporat untuk menaja pelajar-pelajar, di mana perbelanjaan pelajar berkeperluan khas dapat disokong selama satu tahun. Melalui skim ini, penaja akan melabur dalam kualiti kehidupan, pertumbuhan dan perkembangan pelajar-pelajar Pusat Ehsan. Hadir semasa penyerahan sumbangan tersebut adalah Timbalan Menteri Kewangan (Pelaburan), Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Darussalam Assets, Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah; Penasihat Undang-Undang Am dan Ketua Pegawai Operasi Darussalam Assets, Datin Paduka Magdalene Chong; Pemegang Amanah Eksekutif Pusat Ehsan, Pengiran Datin Hajah Noraini PDNLDR Pengiran Haji Abd Momin; Pemegang Amanah Dasar dan Perancangan Pusat Ehsan, Haji Ahmad bin Haji Abd Rahman serta kakitangan Darussalam Assets dan Pusat Ehsan. Mengulas mengenai pelaksanaan aktiviti CSR tersebut, Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew berkata, sejak penubuhannya, Darussalam Assets berkeinginan untuk menyumbang kepada masyarakat melalui aktiviti CSR. Kerjasama Darussalam Assets dan Pusat Ehsan dalam skim ini jelasnya, merupakan langkah yang bersesuaian ke arah pelaksanaan inisiatif CSR Darussalam Assets. Tambahnya, Pusat Ehsan memainkan peranan penting dalam memberikan bantuan kepada komuniti yang berkeperluan khas di Brunei dan kami memuji usaha ini. Dalam kesempatan itu, bagi pihak Pusat Ehsan, Awang Haji Ahmad bin Haji Abd Rahman menjelaskan pula berkata permulaan hubungan dengan Darussalam Assets dan kakitangannya adalah satu langkah yang amat menggalakkan. ''Sumbangan kewangan ini bukan sahaja memberi impak kepada program harian pelajar di Pusat Ehsan, tetapi juga kepada kesihatan dan kesejahteraan mereka secara keseluruhan. Kami mengalu-alukan sumbangan dalam apa jua cara atau bentuk, dan kami berterima kasih di atas penglibatan Darussalam Assets baru-baru ini. Kami dengan sukacita menghormati usaha-usaha Darussalam Assets untuk menggabungkan kebajikan ke dalam budaya korporat mereka,'' ujarnya. Darussalam Assets Sdn. Bhd., merupakan sebuah syarikat pegangan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLCs). Darussalam Assets ditugaskan untuk memastikan pelaburan dan pegangan saham-saham kerajaan di dalam GLCs menghasilkan pulangan ekonomi yang positif dan berdaya tahan di samping mewujudkan peluang-peluang pekerjaan pada jangka masa panjang melalui pengurusan secara proaktif, dan kemajuan dan pelaksanaan corporate governance dan amalan-amalan yang terbaik di dalam GLCs. Sejak penubuhannya, Darussalam Assets berjaya mengambil alih pemilikan dan juga kawalan pengurusan GLC dari pelbagai sektor seperti penerbangan, minyak dan gas, telekomunikasi, perniagaan tani, katering, logistik, dan industri riadah & pelancongan. Pusat Ehsan merupakan sebuah organisasi amal yang menyediakan program pendidikan yang berkualiti, latihan vokasional dan juga program pemulihan untuk komuniti berkeperluan khas di Negara Brunei Darussalam, termasuk kanak-kanak dan orang dewasa.  

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39