FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Gandakan amal, raih keberkatan


HADIR bersama-sama jemaah masjid bagi menjayakan program tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud. Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Hal Ehwal Ugama

 


 July 24th, 2017  |  08:42 AM  |   942 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Masjid adalah ibarat rumah Allah, dan sesungguhnya menghadirkan diri beribadah ke masjid serta mendirikan sembahyang secara berjemaah itu mempunyai kelebihan darjat berbanding sembahyang secara perseorangan. Program 'Masjidku Makmur, Negara Berkat' di Masjid Omar 'Ali Saifuddien kelolaan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pusat Da'wah Islamiah dan Bahagian Kemajuan Syiar Islam dengan kerjasama Masjid Omar 'Ali Saifuddien merupakan satu program mingguan dan ajakan bagi mengalu-alukan jemaah meningkatkan kehadiran bagi memakmurkan masjid dan seterusnya bersama-sama secara istiqamah (berterusan) mendirikan Sembahyang Fardu Subuh secara berjemaah di awal waktu di masjid. 'Masjidku Makmur, Negara Berkat' turut memberikan peluang kepada para pengunjung bersempena acara Bandarku Ceria, memulakan langkah dan keceriaan hari mereka dengan meraih keberkatan melalui partisipasi menunaikan tuntutan sembahyang fardu secara berjemaah dan merebut ganjaran pahala melalui bacaan wirid-wirid selepas sembahyang dan kegiatan keagamaan yang telah diaturkan. Program kali ini diserikan dengan tazkirah bertajuk 'TEMAN KE SYURGA' oleh Ketua Bahagian Perhubungan Awam, KHEU, Ustaz Hassan Baha bin Haji Umar. Hadir bersama-sama jemaah masjid bagi menjayakan program tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan Datin; Pemangku Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Harun bin Haji Junid dan Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Roslan bin Haji Taja'ah. Turut sama menyerikan program ini ialah Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bahagian Kemajuan Syiar Islam dan Bahagian Peperiksaan Jabatan Pengajian Islam, KHEU. Kehadiran jemaah memakmurkan rumah Allah, diharapkan akan dapat menghidupkan amalan sunnah Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan dapat menimbulkan rasa persamaan di antara umat Islam dalam melaksanakan sembahyang berjemaah dan amal ibadat bersama-sama. Makmurnya masjid-masjid di negara ini, adalah antara landasan kita bagi menggandakan amal kebajikan dan meraih keberkatan dari Allah Subhanahu Wata'ala bagi diri kita, keluarga dan juga negara.  

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Brudirect.com

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19