FacebookInstagramTwitterContact

 

Donation Presentation to Intending Haj Pilgrims           >>           Ground-breaking Ceremony           >>           16th IFSB Summit 2024           >>           16th Islamic Financial Service Board Summit 2024           >>           Islamic Financial Services Board Summit 2024           >>           Gleneagles JPMC Hari Raya Aidilfitri Open House           >>           18th DSA and 3rd NATSEC Asia           >>           The Morning After: Apple's new iPad Pro is thinner than an old iPod nano           >>           US revokes Intel and Qualcomm's licenses for chip sales to Huawei           >>           Meta is testing cross-posting from Instagram to Threads           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Rebut peluang beribadah di Tanah Suci


PENGARAH Urusan Darussalam Holdings Awang Haji Mahmud bin Haji Mohamed semasa menyampaikan taklimat tersebut. Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

 


 July 24th, 2017  |  08:43 AM  |   964 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rebut peluang beribadah di Tanah Suci Haji dari sudut bahasa bermaksud menuju ke suatu tempat, manakala dari sudut syarak pula ialah mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah pada bulan-bulan haji (Syawal, Zulkaedah dan 10 pertama Zulhijjah) untuk mengerjakan ibadat-ibadat tertentu dengan syarat-syarat tertentu. Maksud di sebalik Manasik Haji, menurut Imam Al-Ghazali maksud tawaf ialah tawaf kalbu dengan zikir mengingati Tuhan Yang Mempunyai Kaabah itu dan ketika beristilam (melambaikan tangan ke arah Batu Hitam, Hajar al-Aswad) hendaklah beriktikad bahawa kita sedang melakukan janji setia dan ketaatan kepada Allah dan kita yakinkan bahawa kita akan menunaikannya. Bagi memastikan Manasik Haji akan berjalan dengan lancar dan sempurna, Darussalam Holdings Sendirian Berhad (DHSB) telah mengadakan Taklimat Pengurusan Haji bagi Musim Haji tahun ini di Serambi Suluh Kesenian, Bangunan Pusat Kesenian di ibu negara. Majlis dihadiri oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit. Menurut taklimat yang disampaikan oleh Pengarah Urusan DHSB, Awang Haji Mahmud bin Haji Mohamed yang juga selaku Ketua Rombongan, pihak pengurusan akan mengaturkan seramai 20 Pegawai Petugas Haji termasuk tiga Pegawai Ugama yang akan memastikan dan mengurus para jemaah sepanjang berada di Tanah Suci nanti. Pada tahun ini, seramai 812 bakal jemaah haji menyertai Pakej DHSB dan juga diberikan cenderahati berupa beg troli, buku panduan haji dan umrah bagi setiap seorang jemaah. Empat penerbangan haji pada tahun ini dari Negara Brunei Darussalam, penerbangan pertama akan berlepas pada 10 Ogos ini. Manakala Ketua Rombongan akan berlepas ke Arab Saudi pada penghujung bulan ini bagi memastikan segala urusan akan berjalan dengan lancar dan sempurna. Bakal jemaah haji juga disarankan untuk merebut peluang ini dan mempergunakannya pada setiap saat dan detik terutama ketika berada di tanah suci nanti dengan melakukan ibadah-ibadah yang wajib mahupun yang sunnah serta aktiviti-aktiviti yang bermanfaat, di samping sentiasa menjaga kesihatan jasmani sepertimana yang dinasihatkan oleh pihak perubatan.  

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

Passport E-Gates Back Online After Outage Causes Delays At UK Airports

 2024-05-09 00:32:10