FacebookInstagramTwitterContact

 

China: At Least Two Dead, 21 Injured In Hospital Stabbing           >>           Mexican Marigold Essential Oil Holds Potential As Powerful Natural Herbicide           >>           Medicinal Benefits Of Cinnamon           >>           Crocodile’s Head Pops Up In Puddle Outside Buckinghamshire Village           >>           You Wouldn’t Believe Some Of The Things Water Companies Find In UK’s Sewers           >>           'Buzzing' Rocket Valve Pushes 1st Astronaut Launch Of Boeing's Starliner Capsule To May 10           >>           Apple Pencil Pro adds squeeze, roll and haptic feedback to its bag of tricks           >>           Substack is trying to lure TikTok stars to its platform           >>           The UK's Ministry of Defence was hacked, and the country is reportedly blaming China           >>           United States Youth Keyrol Figueroa Signs Deal At Liverpool           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Persembahan Bunga Api Serikan Suasana Perayaan


PERSEMBAHAN bunga api meriahkan suasana sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 yang berlangsung di Jerudong Park Amphitheatre. Oleh : Khartini Hamir / Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

 


 July 31st, 2017  |  09:16 AM  |   3738 views

JERUDONG

 

 

 Seperti lazimnya, persembahan bunga api memeriahkan setiap Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Taman Permainan Jerudong dan sekitarnya diwarnai dengan taburan bunga api yang dipersembahkan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 yang berlangsung di Jerudong Park Amphitheatre, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat menyaksikan pertunjukan bunga api berkenaan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

 

Pertunjukan bunga api kira-kira 20 minit itu berjaya memukau orang ramai yang membanjiri taman tersebut sejak jam 4.00 petang tadi, yang mana masuk adalah percuma.

 

Juga hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof; Timbalan Setiausaha Tetap, Awang Haji Mohammad Sunadi bin Haji Buntar dan Pegawai Daerah Brunei Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

 

Pertunjukan bunga api tersebut dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi Daerah Brunei dan Muara (DBM) dengan kerjasama Jerudong Park Country Club (JPCC) Sdn. Bhd.

 

JPCC Sdn. Bhd. sebagai penyedia lokasi turut menyediakan gerai-gerai perayaan yang diadakan di persiaran dan taman permainan bagi kunjungan orang awam.

 

Sejurus selesai persembahan bunga api, Pertandingan Mukun Keputeraan Senegara 2017 turut mengambil tempat yang dikelolakan oleh Jabatan Daerah Brunei dan Muara dengan kerjasama Kumpulan Mukun Warisan Budaya Lama Brunei.

 

Hadir selaku tetamu kehormat menyempurnakan pembukaan gelanggang pertandingan ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman, selaku Ketua Kampung Masjid Lama Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong.

 

Pertandingan menampilkan sebanyak sepuluh kumpulan mewakili DBM, Daerah Tutong, Daerah Temburong dan Wilayah Persekutuan Labuan serta pasukan jemputan dari Miri, Limbang dan Bintulu, Sarawak.

 

Bagi memeriahkan lagi suasana acara berkenaan, beberapa persembahan juga diadakan, antaranya dari Kumpulan Warisan Mukun Budaya Lama Brunei; Kumpulan pemukun celik dari Miri Sarawak; persembahan Diangdangan dan persembahan dari pemukun celik Kuala Belait dengan gabungan pemukun WP Labuan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China: At Least Two Dead, 21 Injured In Hospital Stabbing

 2024-05-08 09:13:10

Nintendo Switch 2: Official Announcement Promised Within Next Year

 2024-05-08 07:15:56