FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Anugerah HBK, Pilih Belia Cemerlang


MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yusof menyampaikan ucapan galakan kepada calon-calon Penerima Anugerah Hari Belia Kebangsaan Ke-12, Tahun 20 Oleh : Hajah Siti Muslihat Haji Salleh / Foto : Azmah Haji Ahad

 


 July 31st, 2017  |  09:21 AM  |   1440 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Anugerah Hari Belia Kebangsaan (HBK) adalah rekomendasi Dasar Belia Negara untuk memilih belia yang 'outstanding' atau cemerlang.

 

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yusof berkata setiap tahun, sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan, negara akan memiliki belia yang berketrampilan, untuk menjadi 'role model' kepada belia lain yang mempunyai aspirasi untuk menjadi ikon-ikon negara.

 

''Alhamdulillah sekarang Ahli Majlis Mesyuarat Negara juga terdiri dari beberapa orang yang dalam golongan belia,'' jelas Yang Berhormat semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra dengan Calon-Calon Penerima Anugerah sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-12 2017 yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah kelmarin.

 

Pada sambutan tahun lepas, tambah Yang Berhormat, dua kategori telah diperkenalkan iaitu Pemimpin Muda Belia dan Projek Cemerlang Untuk Belia.

 

''Buat masa ini anugerah itu lengkap, untuk mengeluarkan produk belia yang 'stand out', yang mempunyai daya saing atau pencapaian berorientasikan kualiti, bertaraf tinggi, belia yang bekerja untuk orang lain, selaras ucapan popular, apa yang awda boleh buat untuk negara awda, belia yang berkesan, bekerja dengan orang lain, yang meninggalkan legasi dan belia yang mengungkayahkan program yang baik, untuk belia yang jangkauan dan dampingannya, luas kepada belia sehingga menyelesaikan masalah belia,'' ujar Yang Berhormat.

 

Terdahulu, Yang Berhormat menjelaskan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), akan terus menerus mengiktiraf belia dan beliawanis yang berjasa dalam pembangunan belia dan akan melihat cabang-cabang lain, contohnya memperkenalkan kategori lain bagi Projek Cemerlang Untuk Belia seperti kewangan, pekerjaan, ekonomi, perkembangan diri, hubungan antarabangsa mahupun sekadar partisipasi belia.

 

Menurut Yang Berhormat apa yang mustahak ialah, KKBS mempunyai ramai Rakan Belia yang akan sama-sama melakar pelan tindakan, strategi dan program untuk faedah belia.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19