FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Belia Cemerlang, Menjadi Ikon Negara


Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan sijil pencapaian kepada para belia yang Berjaya. Oleh : Hajah Siti Muslihat Haji Salleh / Foto : Azmah Haji Ahad

 


 July 31st, 2017  |  09:22 AM  |   1268 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, buat julung kalinya telah mengadakan pertemuan dengan Calon-Calon Penerima Anugerah Sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-12 Tahun 2017, pada Majlis Ramah Mesra yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah kelmarin.

 

Calon-calon Anugerah merupakan belia dan beliawanis yang mempunyai tanda aras yang layak menerima anugerah yang dicalonkan oleh pencalon-pencalon yang berwibawa, untuk merebut Kategori Belia Cemerlang, Belia Berkhidmat, Pemimpin Muda Belia dan Projek Cemerlang Untuk Belia sebagai belia dan beliawanis yang mempunyai keberhasilan untuk diketengahkan.

 

Pencalonan penerima anugerah pada tahun ini, rata-rata menunjukkan peningkatan 100 hingga 200 peratus. Jika pada tahun sebelumnya bilangan pencalonan adalah 5 bagi Belia Cemerlang, 8 bagi Belia Berkhidmat, sementara 3 calon Pemimpin Muda Belia dan 13 Projek Cemerlang Untuk Belia, namun kali ini ianya masing-masing 11, 17, 11 dan 25. Ini adalah petanda bahawa ramai pihak melanggan kepada Dasar Belia Negara yang digubal sebagai pegangan membina belia yang terurus dan terdidik untuk memakmurkan negara.

 

Calon-calon anugerah mewarnai dunia belia dengan stok belia-belia yang terbaik dalam segenap lapangan.

 

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) menganjurkan apresiasi kepada mereka dengan mengadakan program ramah mesra untuk berinteraksi, diberikan sijil pencapaian yang mengiktiraf pencalonan mereka sebagai 'nominees' anugerah.

 

Jauh dari itu mereka digelar Rakan Belia yang akan membantu KKBS membangun dan membina belia yang lain untuk kemajuan pesat menerusi bidang yang mereka mempunyai kompetensi dan kelebihan bersaing yang akan sama-sama melakar pelan tindakan, strategi dan program untuk faedah belia.

 

KKBS akan terus menerus mengiktiraf belia dan beliawanis yang berjasa dalam pembangunan belia dengan melihat cabang-cabang lain ke arah itu.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53