FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Upacara penurunan bendera besar di ibu negara


BENDERA Besar Negara Brunei Darussalam berkibar dengan megah di Bandar Seri Begawan sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Ke-71 Tahun. Oleh : Nooratini Haji Abas / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 August 1st, 2017  |  09:04 AM  |   3372 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Upacara Penurunan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-71 Tahun berlangsung petang tadi di Kawasan Lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di ibu negara, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof, selaku Timbalan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kebangsaan sambutan tersebut.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Penguasa Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Awang Zulkifli bin Haji Murat dan diteruskan dengan pasukan seramai 71 orang pembawa bendera Negara Brunei Darussalam bergerak masuk ke kawasan tiang bendera yang terdiri daripada Anggota-anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) dan Jabatan Penjara dengan diiringi oleh Pancaragam Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB).

 

Pasukan Pengibar Bendera Besar Negara yang terdiri daripada Anggota-anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) kemudian bergerak masuk dengan diiringi oleh Pancaragam PDB bagi upacara penurunan bendera besar negara.

 

Ia diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' yang dinyanyikan oleh gabungan Kumpulan Koir dari Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan dan KHEDN dengan diiringi oleh Pancaragam PDB sebelum upacara penurunan bendera besar dimulakan.

 

Bendera besar negara kemudiannya diserahkan oleh Ketua Perbarisan Anggota TLDB kepada tetamu kehormat majlis.

 

Doa Selamat dibacakan oleh Penguasa Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Awang Zulkifli.

 

Upacara penurunan bendera besar tersebut menandakan berakhirnya tempoh pengibaran bendera yang bermula pada 1 Julai yang lalu bagi semua rakyat dan penduduk di negara ini sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-71 Tahun.

 

Dengan penurunan bendera besar tersebut orang ramai adalah dikehendaki serta memastikan untuk menurunkan dengan sempurnanya bendera masing-masing termasuklah di rumah-rumah kediaman, bangunan-bangunan kerajaan dan swasta.

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19