FacebookInstagramTwitterContact

 

'God Of Destruction' Asteroid Apophis Will Come To Earth In 2029 — And It Could Meet Some Tiny Spacecraft           >>           Microsoft's web-based mobile game store opens in July           >>           Google just patched the fifth zero-day exploit for Chrome this year           >>           Hulu's Black Twitter documentary is a vital cultural chronicle           >>           PSG Kit Launch Gives Fans First Glimpse Of Post-Mbappe Era           >>           Inter Milan Thrash Frosinone For Season's-Best 5-0 Win           >>           Transfer Talk: Barcelona Aiming To Sign Nico Williams           >>           How Tottenham Are Preparing For Their First FA Cup Final           >>           Man United Want To 'Rectify' Poor Season With FA Cup Win – Ladd           >>           US Says Israel May Have Breached International Law With American Weapons In Gaza           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sistem Smart Q dilancarkan


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar ketika mendengarkan penerangan pada Majlis Pelancaran Projek Rintis Sistem Smart Q, Bahagian Kad Pengenalan Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 


 August 1st, 2017  |  09:08 AM  |   1550 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

 

Kakitangan awam hendaklah sentiasa berfikir, bersikap lebih proaktif dan seharusnya melakukan perubahan-perubahan yang lebih ke hadapan.

 

Perkara tersebut ditekankan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa berucap pada Majlis Pelancaran Projek Rintis Sistem Smart Q, Bahagian Kad Pengenalan yang berlangsung di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Berakas, di sini.

 

Yang Berhormat menyeru semua pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, khususnya pegawai dan kakitangan JIPK supaya mengambil sikap positif terhadap aduan-aduan, maklum balas serta cadangan-cadangan yang kadangkala disuarakan oleh orang ramai.

 

Sementara itu, Pengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Awang Salminan bin Haji Burut, selaku Pengerusi Majlis menjelaskan Sistem Smart Q tersebut akan menggunakan Aplikasi QueUP yang boleh dimuat turun dari Appstore atau Googleplay.

 

"Sistem ini membolehkan orang ramai merancang dan seterusnya menempah slot 'queue' pendaftaran kad pengenalan lebih awal mengikut tarikh dan masa yang sesuai mengikut keperluan pemohon.

 

"Ini setentunya akan memberikan kemudahan kepada orang ramai untuk berurusan di jabatan ini khususnya bagi permohonan pendaftaran Kad Pengenalan tanpa lagi perlu menghadapi masalah menunggu giliran yang lama dan kekecewaan kerana tidak memperolehi nombor giliran," jelas beliau lagi.

 

Sistem tersebut merupakan projek usaha sama yang dikendalikan oleh JIPK bersama dengan Syarikat Rhymin & Partners yang juga merupakan pemenang hadiah perak Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam Tahun 2016 bagi Kategori Kertas Cadangan.

 

Projek tersebut dibuat secara rintis bagi tempoh selama tiga bulan dan ia dijangka akan dapat dilaratkan ke perkhidmatan-perkhidmatan lain yang ada di JIPK secara berperingkat-peringkat.

 

Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai Sistem Smart Q berkenaan, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang JIPK melalui 'www.immigration.gov.bn'.

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Kashmir: Why Modi's BJP Is Not Fighting Elections In The Himalayan Region

 2024-05-11 10:07:53

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59