FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lima pasukan ke Peringkat Akhir Pertandingan BigStart


KETUA Bahagian Perhubungan Kerajaan dan Projek-projek Khas BIBD, Awang Haji Minorhadi bin Haji Mirhassan, selaku tetamu kehormat majlis pada Majlis Penyerahan Oleh : Marlinawaty Hussin / Foto : Ampuan Mahmud Ampuan Haji Tengah

 


 August 4th, 2017  |  09:40 AM  |   1018 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sebanyak lima buah pasukan terpilih ke Peringkat Akhir Pertandingan BigStart Kelima bagi Sekolah-sekolah Menengah, Maktab-maktab dan Pusat Tingkatan Enam.

 

Sehubungan itu, majlis penyerahan wang modal kepada finalis-finalis berkenaan telah diadakan di Executive Lounge, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), di ibu negara.

 

Penyerahan wang modal sebanyak BND200 pada setiap pasukan finalis untuk menjalankan perniagaan selama 15 minggu itu disempurnakan oleh Ketua Bahagian Perhubungan Kerajaan dan Projek-projek Khas BIBD, Awang Haji Minorhadi bin Haji Mirhassan, selaku tetamu kehormat majlis.

 

Finalis-finalis yang terpilih terdiri dari pasukan Sekolah Menengah Chung Hua Kuala Belait; Sekolah St. George; Sekolah Menengah Berakas; Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali dan Pusat Tingkatan Enam Meragang.

 

Terdahulu, Pegawai Pelajaran Kanan / Ketua Unit Akli, Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum, Kementerian Pendidikan, Dayang Hajah Hajidah binti Haji Abdul Wahab dalam ucapan alu-aluannya berkata, Pertandingan BigStart ini merupakan satu projek keusahawanan yang diadakan secara tahunan untuk menegakkan SPN21 dengan mendedahkan bidang keusahawanan dalam kalangan pelajar.

 

Menurutnya, aktiviti-aktiviti keusahawanan seumpama ini diharap akan menyumbang pada pertumbuhan ekonomi negara ini.

 

"Dalam masa yang sama, ini juga akan dapat mengurangkan kadar pengangguran di negara ini dan kebergantungan terhadap pekerjaan di sektor kerajaan kerana mereka digalakkan untuk mewujudkan pendapatan mereka sendiri dalam bidang keusahawanan," ujarnya.

 

Dayang Hajah Hajidah menambah, tema pertandingan pada tahun ini 'Perniagaan Atas Talian - Selangkah Ke Hadapan' merupakan kesinambungan dari tema pda tahun lepas, iaitu 'Kotak Kiub - Untuk Permulaan'.

 

"Perkembangan dan pertumbuhan sosial media terutama dalam masa beberapa tahun ini adalah sebab kenapa kita perlu mendedahkan para pelajar untuk memanfaatkan peluang-peluang perniagaan atas talian yang luas," katanya.

 

Pertandingan ini diadakan antara lain bertujuan untuk mewujudkan kreativiti pelajar dalam merancang projek perniagaan serta meningkatkan daya inovasi dan mengambil risiko untuk mencapai matlamat.

 

Pertandingan BigStart Kelima merupakan anjuran Kementerian Pendidikan melalui Unit Akli dengan kerjasama BIBD dan Radio Televisyen Brunei (RTB).  

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19