FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Australia - Brunei kukuhkan hubungan pertahanan dua hala


TIMBALAN Ketua Pertahanan Angkatan Tentera Australia, Laksamana Ray Griggs semasa melawat ke Tugu Peringatan Brunei - Australia di Pantai Muara. Siaran Akhbar dan Foto : Suruhanjaya Tinggi Australia di Negara Brunei Darussalam

 


 August 4th, 2017  |  09:42 AM  |   2094 views

MUARA

 

 

 

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 3 Ogos. - Australia dan Negara Brunei Darussalam mengulangi lagi komitmen kedua-dua buah negara untuk mengukuhkan hubungan pertahanan dua hala dengan lawatan dua hari daripada Timbalan Ketua Pertahanan Angkatan Tentera Australia ke negara ini.

 

Menurut Siaran Akhbar Suruhanjaya Tinggi Australia di Negara Brunei Darussalam, Timbalan Laksamana Ray Griggs, yang dalam rangka lawatan ke negara ini pada 1 hingga 2 Ogos, menekankan akan nilai-nilai yang diletakkan oleh Australia dalam hubungan pertahanannya dengan Negara Brunei Darussalam melalui kerjasama pertahanan dua hala yang erat dan terjalin lama.

 

Semasa lawatannya, beliau mengadakan kunjungan kepada Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah; Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Kapten (B) Abd. Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar; Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad dan Timbalan Pemerintah di Markas Tentera Bersama (Joint Force Headquarters), Kapten Yusuf Masron, RBN.

 

Dalam ucapan dua halanya bersama pegawai-pegawai kanan, Timbalan Laksamana Ray Griggs juga membincangkan mengenai cabaran-cabaran utama menangani keganasan dan peranan yang dimainkan oleh para tentera, termasuk isu-isu keselamatan serantau seperti konflik berlarutan di Filipina selatan dan perkembangan Laut China Selatan.

 

Selain melawat Pangkalan TLDB dan Muzium ABDB, Timbalan Laksamana Ray Griggs juga melawat tugu peringatan Brunei - Australia di Pantai Muara.

 

Tugu Peringatan tersebut memperingati Allied Landings yang diterajui Australia yang membebaskan Brunei dari pendudukan Jepun pada bulan Julai 1945 dan merupakan tapak peringatan tahunan Hari ANZAC yang diadakan oleh Suruhanjaya Tinggi Australia di Brunei.

 

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10