Home > Bahasa Melayu
Pelantikan Timbalan Setiausaha Tetap baharu
Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri
August 5th, 2017 | 09:14 AM | 1345 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan ini Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi pelantikan Pengarah Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perdana Menteri, Pengiran Jamra Weira bin Pengiran Haji Petra sebagai Timbalan Setiausaha Tetap (Kuasa Elektrik, IT dan E-Kerajaan) di Jabatan Perdana Menteri.
Tarikh pelantikan pegawai berkenaan berkuatkuasa mulai pada hari Sabtu, 12 Zulkaedah 1438 bersamaan 5 Ogos 2017.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]