Home > Bahasa Melayu
Kolej Antarabangsa Micronet derma darah
ANTARA yang menderma darah pada Kempen Derma Darah anjuran Kolej Antarabangsa Micronet. Siaran Akhbar dan Foto : Kolej Antarabangsa Micronet
August 5th, 2017 | 09:17 AM | 1030 views
JERUDONG
Kolej Antarabangsa Micronet baru-baru ini telah menganjurkan Kempen Derma Darah dengan kerjasama Pusat Derma Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) di kampus kolej berkenaan.
Dengan harapan untuk menyelamatkan nyawa dan menyumbang kembali kepada masyarakat, kempen berkenaan juga diadakan bagi memastikan bahawa ada ketersediaan bekalan darah yang selamat dan boleh dipercayai secara berterusan.
Melalui kempen ini, kolej tersebut membantu meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingannya dan faedah menderma darah.
Sebelum derma darah dilakukan oleh setiap para penderma yang terdiri dari pelajar sukarela, pensyarah, ahli kakitangan Micronet dan juga orang awam dimestikan menjalani pemeriksaan kesihatan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]