Home > Bahasa Melayu
Mangsa kebakaran terima bantuan
PENGARAH Urusan YSHHB, Dato Paduka Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny menyampaikan bantuan dalam bentuk kewangan kepada mangsa kebakaran yang terlibat. Siaran Akhbar dan Foto : Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
August 8th, 2017 | 08:58 AM | 1289 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dalam usaha untuk terus memberikan perhatian dan pemedulian terhadap kebajikan dan kesejahteraan keluarga yang ditimpa musibah kebakaran rumah di Kampung Saba Tengah, Kampong Ayer pada 4 Ogos 2017 yang lalu, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) menyampaikan bantuan dalam bentuk kewangan kepada mangsa yang terlibat.
Majlis Penyampaian Bantuan Yayasan yang berlangsung di rumah keluarga mangsa beralamat No.92, Kampung Lupak Luas, Mukim Lumapas dan disempurnakan oleh Pengarah Urusan YSHHB, Dato Paduka Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny.
Jumlah keseluruhan bantuan yang disumbangkan oleh Yayasan ialah sebanyak BND16,450.00 yang dihasratkan bagi meringankan beban mangsa untuk terus kembali menjalani kehidupan seharian.
Sebanyak empat buah ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran tersebut menerima sumbangan daripada Yayasan. Sumbangan disampaikan kepada ketua-ketua keluarga yang terlibat, iaitu Dayang Norhajijah binti Haji Jais; Dayang Hajah Intan binti Haji Gampal; Awang Haji Mantarais bin Haji Jais dan Dayang Rohani binti Haji Jais.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]