FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


10 belia negara berlepas ke Republik Korea


HADIR bagi mengucapkan selamat belayar kepada rombongan Program Pertukaran Belia Brunei - Republik Korea ialah Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Haji Zafri bin Haji Mohamed (lima, kiri) Berita dan Foto : Hernie Suliana Haji Othman

 


 August 8th, 2017  |  09:14 AM  |   979 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

 

 

Seramai 10 belia yang terdiri daripada belia-belia berpersatuan dan yang pernah mengikuti program anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dari keempat-empat daerah berlepas ke Republik Korea bagi menghadiri Program Pertukaran Belia Negara Brunei Darussalam dan Republik Korea selama sepuluh hari bermula 7 hingga 16 Ogos 2017.

 

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Awang Haji Zafri bin Haji Mohamed.

 

Rombongan diketuai oleh Penyelia Pusat Belia, Bandar Seri Begawan, Awang Haji Mohd. Sofian bin Haji Amit.

 

Di sepanjang program ini, para belia negara akan menghadiri sesi orientasi, membuat lawatan ke MBC World, ASEAN-Korea Centre, The National Museum of Korean Contemporary History, menyaksikan NANTA Performance dan membuat kunjungan hormat kepada Minister of Gender Equality and Family di Seoul.

 

Para peserta juga akan mengunjungi Wilayah Hongcheon, Pyeongchang, Hoengseong, Wonju, Suwon, dan Ilsan di mana mereka akan membuat lawatan ke Hongcheon Energy Centre, Hoengseong SoopCheWon dan membuat kunjungan ke National Pyeongchang Youth Centre, Wonju Joongang Youth Centre dan Gwanggyo Youth Centre untuk berinteraksi dan melakukan aktiviti bersama belia-belia Korea.

 

Selain itu mereka juga akan berpeluang menyertai program tinggal bersama keluarga angkat (homestay) semasa berada di Ilsan.

 

Temu bual bersama Ketua Belia NBD bagi program ini, Awang Muhammad Nuriskandar bin Md. Hasnan, selaku duta kecil, berharap akan dapat membawa balik apa yang dapat dilaksanakan dan diterapkan di negara dan juga sebaliknya sebagai perkongsian dua hala bersama belia Korea seperti persefahaman kebudayaan, ekonomi, sosial dan politik.

 

Program Pertukaran Belia antara NBD dan Republik Korea telah ditandatangani di bawah Perjanjian Persefahaman (MoU) antara kedua-dua buah negara pada tahun 2009 yang antara lain bertujuan untuk membantu mengukuhkan kerjasama, dan sebagai usaha untuk meningkatkan persefahaman dan kepercayaan kedua belah pihak melalui penyertaan belia dalam program berkenaan.

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54